Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Pada kesempatan yang ada ini, ingin saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha” kepada semua yang beragama Islam.

“Pengorbanan adalah perkara WAJIB dalam kehidupan kita, apatah lagi jika kita adalah seorang yang Muslim”.

Jika pada zahirnya, kita meraikan hari raya ini dengan mengorbankan 1 bahgian daripada 7 bahagian lembu (sebagai contoh), dengan mengeluarkan wang sendiri, jika mampu. Tambahan pula ia adalah ibadah yang sangat-sangat dituntut bagi seorang muslim.

Jika tak mampu pun, kita turut sama membantu dalam upacara majlis menyembelih lembu, dan sebagainya kerja-kerja lain yang kita boleh bantu.

Tetapi, dari segi rahsia tersembunyinya, belanja seorang Muslim untuk mengeluarkan wang bagi melakukan ibadah korban, adalah satu jenis pengorbanan yang disukai Allah. Dan wang yang dibelanjakan itu, sedikit sebanyak akan membuang rasa cinta kita pada wang dan dunia semata-mata.


Wang memang diperlukan oleh kita semua, tapi jangan sampai kita menjadi hamba kepada wang. Wang adalah alat yang kita boleh jadikan sebagai wasilah untuk mendapat pahala dan ganjaran syurga nanti. Insya Allah. Dengan wang, kita boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan wang, kita boleh menunaikan haji. Dengan wang, kita dapat membantu memajukan pembangunan ilmu seperti mendirikan sekolah-sekolah, pusat institusi, maahad tahfiz dan sebagainya.


Dan dalam kehidupan kita, pelbagai perkara memerlukan pengorbanan. Apakah pengorbanan yang terbesar yang pernah kita lakukan?


P/S : Bagaimana pula dengan pengorbanan ibu bapa kepada kita? Tentu tidak terhitung banyaknya. Bersyukurlah, kerana dengan kasih sayanag dan pengorbanan mereka, kita menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Paling tidak pun, kita hidup tanpa menyusahkan hidup orang lain.

Tuesday, November 17, 2009

~peRAsaan iNi~

semalam aku dapat panggilan dari ipd taiping
aku diminta hadir ke ipd skali lg untuk membuat pengecaman suspek
berdebar-debar jantungku sepanjang perjalanan ke ipd..
macam2 perkara berada difikiranku..
takut, gelisah semuanya ada..
smp ke bilik siasatan, aku diminta utk membuat pengecaman..
walaupun hampir 12 suspek diletakkan dalam bilik yg sama..
tidak sukar bagi ku utk mengecam peragut tersebut..
xkan ku lupa wajah-wajah itu walaupun hampir 2 minggu kejadian itu berlalu..
geram aku melihat gelagat peragut tu..
mereka masih mampu tersenyum sinis padaku disebalik cermin kaca itu..
sedangkan mereka xtahu akan hukuman yg menanti mereka selepas ini..
sebaik selesai semuanya, aku bergegas pulang..
tak sanggup aku berada lama di situ...
sampai ke kereta, tanganku masih menggigil lg..
nk bawa kereta pun aku xmampu..
mungkin teringat akan kejadian yg lalu....

Wednesday, November 11, 2009

riNDunye...
















rindunye aku pada teman ini..
hampir setahun tidak ketemu...
banyak cerita ingin kukongsi..
suka duka aku sepanjang tahun ini...
entah bila kita akan berjumpa..
ila, rindunye dkt ila...
rindu pada waktu belajar dulu...
masak, tidur, ketawa, menangis....
semuanya bersama-sama....
seperti ingin peluk ila sekarang ini...






Suatu pengalaman..
pengalaman diragut dkt pasar malam...
agak sukar kulupakan..tp alhamdulillah, aku selamat..
cuma mengalami luka kecil..
handbeg pun slamat..
cuma kereta mengalami kerosakan sedikit...
peragut pun dh dpt tangkap w/pun cb melarikan diri...
hopefully, ni pengalaman yg pertama dan terakhir bagiku...
cukuplah hanya sekali..
kerana kesannya masih terasa hingga hari ini..
terima kasih kpd teman2 yg banyak memberi pertolongan dan sokongan kpd ku..

Tuesday, November 3, 2009

durian oh durian...

petang smalam balik batu kurau ambil mak...kebetulan atok sakit, so mak aku tolong jaga...nk dijadikan cerita, malam td maksuku buat kenduri pulut durian..bunyinye cam best sbb aku pun xpernah makan...huhuhu...sementara menunggu tetamu, aku tolongla perisi buah durian dalam bekas..adala dalam 2 keranjang buah durian..sambil perisi, aku makan la...hampir 3 biji juga la aku sental buah durian tu..huhu, padahnya malam td aku xleh tido...padan muka kat aku...makan tak ingat dunia..tp ape pun, nikmat makan durian ni tuhan je tau..