Friday, February 26, 2010

muhasabah diri - tajuk bosan=entri insaf & serius...

aku tengah imbas kembali
atau dalam erti kata lain
'muhasabah diri'
.

tentang segala 'kejahatan'
yang pernah aku buat pada orang lain
.

mungkin takdela 'jahat'
cuma
kita tak pernah sedar kalau kita pernah sakiti orang lain
dengan apa jua cara

.
"what goes around comes around"
betul la cakap u justin!
.

adil bukan
Tuhan Maha Adil
ingat tu

.
^_^

Wednesday, February 24, 2010

K.E.T.I.K.A H.U.J.A.N T.U.R.U.N

pagi ni hujan mencurah-curah membasahi bumi.....bak kata cik laila,


alangkah indahnya andai hari ini cuti...


lg best klu dapat bantal dgn selimut...bagaikan dunia ini aku yg punya..wakakaka...

.


dalam keadaan yg tenang dan sejuk ni tiba2 aku teringat akan jemputan perkahwinan sahabatku noraziana aziz dgn pasangannya yg akan berlangsung 13/3 ni.....dh nk kawen rupanya sahabatku ini...

.


hampir 13 tahun tdk berjumpa...*tersenyum sendiri*...

.


dulu kami satu geng..(masa sekolah rendah)...aku, azizah, shima, suha, aziana, huda, venis, shidee ngan ayeq (ashraff)...suka duka kongsi bersama...macam2 cerita yg berlaku..musuh ketat kami masa tu diana n the geng (murid kesayangan mr yoong)...apa yg kami buat sume xkene dimata diana....dgn die pun kami pernah gaduh besar ^_^....alangkah indah masa itu..akal yg cetek yg xpernah fikir panjang..budak2 la katakan...smp bilik guru besar pun kami pernah masuk..(tp bkn aku la) huhuhu....

.


tp kenangan paling manis ialah ketika kami membuat persembahan tarian dkt ipoh..mmg best sangat masa tu...masa tu tengah tunggu keputusan upsr...aku ingat lg miss tah ngan mr yoong yg gatal mengajar tarian (geli aku bila teringat kat mr yoong)....tp rasa mcm comel je kami sume time tu..ye la, aku masa tu jd pom pom girl (betulkah ejaan ku ini, abaikan)..dgn baju ada labuci wana pink lg...so sweet...

.


hmmm, tamat je sekolah rendah, masing-masing bawa haluan sendiri...cuma ketika ini cuma ashraff sahaja hilang tanpa berita...kata shedee ashraff keje kat rawang...ntah la, aku pun xpasti....tp yg lain masih keep in touch lg...hopefully, aku dapat berjumpa dgn ashraff suatu hari nnt..

Friday, February 19, 2010

aduhai PTPTN......

mendengar keluhan seorang sahabat mengenai pembayaran balik pinjman ptptn...hanya tertangguh sebulan dua, kos pentadbiran melambung tinggi...aku juga pernah mengalaminya sebelum ini..memang sakit...aku pun xfaham apa fungsinya kos pentadbiran itu hingga mencecah puluhan ringgit setiap bulan...sedangkan surat pun diaorg antar setahun sekali...

aku pernah ajukan soalan yg sama kpd pihak ptptn suatu ketika dulu..tp jawapan yg aku terima, hampeh! mmmmm, kini dikhabarkan kos pentadbiran turun kepada 1% tp bukan semua peminjam dapat menikmatinya...contohnya aku..huhuhu..sedihkan! **waaaaaa, nk jg 1%...**...aku difahamkan bagi peminjam tahun 2008 ke bawah, kos pentadbiran 1% itu hanya diberikan kepada meraka yg telah langsaikan tunggakan pinjaman...tp aku, yg tiada tunggakan masih dikenakan 3%....siapa yg mahu bertanggungjawab? (xsuke! xsuke! xsuke!)

aku juga sentiasa membayar baki pinjaman ptptn setiap bulan tanpa ada tunggakan. Tapi sampai sekarang aku masih belum lagi mendapat surat perjanjian baru untuk pengurangan caj pengurusan kepada 1%. Sedangkan kawan aku yang pembayarannya tidak konsisten sudah pun mendapat surat tersebut. Kenapa boleh jadi macam ni? ada sesiapa mau komen??????

seharusnya pihak ptptn lebih peka mengenai perkara ini...bukan niat kami sebagai peminjam tdk mahu bayar (tdk termasuk aku, sbb aku byr setiap bulan...ngeeeee) tp klu begini la caranya, ramailah peminjam2 kat luar tu lg liat nk bayar...

p/s: moral of the story, byr la pinjaman ptptn setiap bulan..klu anda miss utk suatu j/masa, jaga2 lah...huhuhuhu...interestnye akan melambung naik..sakit woo nk byr balik..

::ENGKAU MEMANG CANTIK::

engkau memang cantik selagi kau tidak melulu


engkau memang cantik selagi kau mentup malu


engkau memang cantik selagu kau memelihara adab


engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat


engkau memang cantik selagi kau menjaga batas


engkau memang cantik selagi kau waras berhias


engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah


engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah


engkau memang cantik selagi kau terus bersolat


engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat


engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu


engkau memang cantik selagi kau suami tidak jemu


engkau memang cantik selagi kau membaca al-Quran


engkau memang cantik selagi kau beradab sopan


engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa


engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga


engkau memang cantik selagi kau pandai menjahit dan memasak


engkau memang cantik selagi kau gemar menyertai kem ibadat


engkau memang cantik selagi kau sabar dan tenang


engkau memang cantik selagi kau tegakkan islam


engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran


engkau memang cantik selagi kau berkebajikan


engkau memang cantik selagi kau berniatkan tuhan


engkau memang cantik selagi kau seindah islam


engkau memang cantik selagi kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama iman





p/s: terima kasih kepada temanku atas pemberian buku ini..hanya satu malam untuk habiskan buku ini...^_^

Wednesday, February 17, 2010

Kenen-Kenenkan?????

tak ada apa-apa update untuk emosi terdalam
just nak recall balik apa yang berlaku.
something happen...
sorang mak cik iaitu jiran kat kg aku bertanya tentang aku pada mak aku!
guess what?


dia bertanya tentang aku untuk di kenen2 kan dengan seorang lelaki di kampungnya
lelaki itu berumur dalam lingkungan 30an (seorang kontraktor)
akan tetapi...
aku gelak2 je time mak aku beritahu benda tu!
for me...
biarlah my hubby to be...
pilihan sendiri
sbb
kalau sesuatu yang tak berapa elok berlaku,
sekurang-kurangnya kita tidak akan menuding jari pada orang lain!
contohnya..

kalau x kerana si dia tu x lah aku kenal si @#$%$%^
kalau x kerana si dia tu xlah hidup aku merana kawen ngan si !@##$%^&

walaupun kita tahu jodoh pertemuan itu di tangan ALLAH tetapi sudah lumrah bukan?!!
manusia akan menuding jari pada manusia lain bila sesuatu yang tak baik berlaku!

Monday, February 15, 2010

R.A.P.U.H.N.Y.A P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N I.N.I

tuhan sahaja yg tahu perasaanku ini
perasaan bersalah, sedih, terkilan, kecewa
semuanya bercampur menjadi satu
persahabatan yg dibina bertahun dulu
rupanya begitu rapuh sekali
suka duka yg dikongsi dulu bagaikan tiada makna baginya
hanya satu kesilapan, aku terus dipersalahkan
maaf dariku bagaikan tidak terima
aku akui mmg salahku
aku cuai dalam menjaga nilai persahabatan
namun
bukan niatku untuk menyakitinya
apatah lagi memalukannya

cuma sedikit terkilan bagiku
kerana dia masih marah dengan ku
tidakkah dia sedar
bahawa tindakannya itu menyeksakan aku
tidurku tdk lena kerana perasaan bersalah itu
perasaan bersalah itu menghantuiku sepanjang masa

kalaulah aku dapat undurkan masa
pasti semuanya ini tdk akan berlaku
namun aku redha dngan setiap yg berlaku
biarlah masa yg akan menentukannya
cuma aku ingin dia tahu
bahawa aku menyayangi dirinya
kerana dia antara sahabat terbaik yg aku ada

Saturday, February 13, 2010

apakah tandanya itu?

tiba-tba aku teringat seseoarang

seseorang yg pernah aku kenali suatu ketika dulu

seseorang yg pernah berada dekat dihatiku

seseorang yg pernah membuat jantungku berdegup kencang

entah mengapa hari ini aku asyik teringat akan si dia

smalam aku bermimpikan dia

sudah dua malam berturut-turut aku mimpikan dia

apakah tandanya itu..

adakah dia juga mengingatiku..

atau

adakah ianya cuma mainan syaitan dalam tidurku

atau

ianya membawa maksud yg tersirat yg

aku sendiri tidak fahami

aku cuba menghantar sms kepadanya

namun sms aku tdk dibalas

duhai hati

sabarlah....

semoga dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja

Friday, February 12, 2010

uNTuk keNGkawaN ku...




**********************************





.....SAHABAT.....


Bukan "1"
...tapi berjuta...


Bukan untuk digunakan
...tapi untuk dijaga...


Bukan untuk dimusuhi
...tapi untuk disayangi...



Bukan untuk sementara
...tapi untuk selamanya...


Bukan untuk dilupakan
...tapi untuk diingati...


Bukan untuk dtinggalkan
...tapi untuk dirindui..


Bukan hanya disini
...tapi dimana-mana...


Bukan setakat ini
...tapi hingga ke hujung nyawa...





p/s: xsabar nk jmpa, nk lepak, nk gosip ngan kawan2 yg balik esok...rindu sangat ngan korang sume..

Thursday, February 11, 2010

S.E.N.Y.U.M.L.A.H D.U.N.I.A

ketika kecil kite sudah mampu senyum begini..


bila meningkat dewasa, semakin comel kite memberi senyuman










walaupun sudah tua kerepot dan berkedut seribu, kite masih mampu lg tersenyum



walau sebesarmana pun masalah dan dugaan yang kite hadapi, senyumlah kerana dengan senyuman kite mampu menceriakan seseorang







senyuman juga mampu menjadi penawar yg paling mujarab kepada hati yg sedang duka..


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



binatang pun pandai memberi senyuman...ngeh ngeh ngeh~~~




p/s: kan comel senyum mcm tu..

Tuesday, February 9, 2010

:: saBTu YG sanTAi::

ari sabtu yg lalu, aku berkesempatan naik ke bukit larut dgn eija..klu ikutkan perancangan ni dh lama buat cm xjmp tarikh yg bersesuaian je..kebetulan eija pun tngah jiwa kacau, aku pun ajak la die ..7 tahun gak la aku xnaik bukit larut ni... nama je budak tepeng tp hampeh! huhuhu pada awalnya, ktorg bercadang nk daki smp atas, tp disebabkan ari isnin kerja dan cuaca mendung, ktorg xbrani nk ambl risiko..so, ktorg buat keputusan utk naik jeep je.. **naik jeep baru lg**

perjalanan dari kaki bukit ke puncak ambl masa lebih kurang stengah jam....dalam pukul 10.30 ktorg sampai ke puncak...nasib baik xmuntah dalam jeep tu, klu x wat malu je...budak kat sebelah aku steady je...huhu..**utk pengetahuan korang sume, jalan die cerun gile, sempit plak tu....klu pakcik driver silap bawa ckit, confirm terjun dalam gaung sebelah... ** boleh dibayangkan kan! ~ngeeee~

hmmmm, pemandangan dari puncak mmg cantik...ktorg boleh nmpk bandar taiping yg berada dkt bawah...laut pun aku leh nampak...cantik sangat! pakcik yg keje kat shallet tu ckap, klu pemandangan waktu malam lg cantik, siap leh nmpk jmbtn pulau pinang lg klu bernasib baik....mmg mengujakan...

hopefully, pasni dapat tido kat sini plak...sewa shallet pun xmahal sangat...so, kawan2! sape nk join aku..Jom! ngeeee~~















p/s: berbaloi naik atas ni sbb, cik pacat pun nk tumpang sekaki cium betis aku ni...huhuhu


Friday, February 5, 2010

C.E.R.I.T.A. S.E.M.A.L.A.M

pagi
hari ni terlewat bangun, kul 8.30 pg baru sedar..huhuhu, kelam kabut jadinye...mak pula beranggapan aku sudah bangun..ini semua gara-gara tido lewat malam td...nasib baik report dh siap, klu x....alamatnya kene @@#*##@!!!! aku dgn bos...xpe, malam ni aku akan qada tido aku sepuas-puasnye


*****************************
tengah hari
aku balik seperti biasa..sampai muka pintu je, mak bagi tau hari selasa ni kene g court...hmm, alamatnya kene minta cuti lagi la ni....adooii, malasnye..dh la kene tunggu berjam-jam lamanya dlm court tu nnt.......ape pun, kite lunch dulu..ari ni mak masak simple je tp cukup utk membuka seleraku...ada smbl belacan..ngeee~~~aku suka..


*****************************
petang
balik kerja, singgah ke tesco beli barang rumah..dh berapa lama tertangguh pun aku xtau..ni pun mak dok bising..klu x, jangan harap la aku nk pegi...xsmp 10minit shopping, aku trima panggilan dri balai polis kamunting...tension! gmbr yg diaorg tangkap ari tu dh hilang..so, gambar barang bukti kene tangkap sekali lagi..aku diminta datang dalam setengah jam..potong mood betul la cik po ni (panggilan aku utk cik polis)...bl dh smp, kene tunggu la plak...pegawai yg incharge xdtg lg...huh! janji melayu betul...mau stengah jam aku tunggu kat situ....hampeh betul cik po ni...


*****************************
malam
kul 7.30 baru sampai umah...kene bersiap cepat sbb ade dinner kul 8.30 dgn en. herry..



notis saman kepada saksi yg aku terima semalam...

Thursday, February 4, 2010

.........









rindu dgn kawan-kawan...

kawan sepermainan
kawan masa sekolah
kawan masa universiti
kawan masa bekerja
kawan serumah
rindu DIA
rindu semua...
mmmm




Tuesday, February 2, 2010

tahniah....

tahniah buat sahrom dan pasangannya ili syazana yg telah melangsungkan perkahwinannya smalam...semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat dan perolehi anak2 yg soleh dan solehah..





kepada teman2 yg lain, gembira rasanya hati dapat berjumpa kembali setelah sekian lama tidak bertemu....i'allah kalau diizinkan Allah, kite bejumpa lg...


buat ila dan yee, terima kasih kerana sudi menumpangkan rumah nya utk diri ini..ku doakan semoga hubungan kalian berdua dirahmati dan berakhir ke jinjang pelangi..


buat diwan dan na, gembira dapat berjumpa kalian berdua..na nmpk comel sangat..


buat maksu sarah, rindu sangat kat kamu...xsangka kite dapat jmp kat sini...




kepada en hery, terima kasih sbb sudi menemani kite ke kl...