Monday, January 31, 2011

Kesembuhan Itu Milik Allah

saya mengambil artikel ini dari I LUV ISLAM untuk memotivasikan diri...

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.


Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. \[al-Nisaa' 4:78]


Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.


Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." \(Al-Baqarah, 2:153)


Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. \[Al-Ankabut, 29:2-3]


Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.


Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. \[Al-Imran, 3:139]


Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

Thursday, January 27, 2011

Hidup ini satu perjuangan

Ambil tisu..hapuskan air mata

teruskan berjalan walau langkahnya perlahan.....

Tuesday, January 25, 2011

Emosiku terus Terganggu~~

masih lagi dalam keadaan emosi terganggu
saya cuba untuk bertahan
tapi air mata ini tetap ingin menitis

***********************************

ari ni jumpa dgn doktor pakar
dan saya diterangkan sepenuhnya mengenai penyakit tiriod ini
saya masih lagi berfkiran positif

tetapi
saya juga pernah terbaca akan risiko penyakit ini
dan salah satunya adalah kesukaran untuk mengandung
andai la kata fakta itu benar
macam mana diri ini nk menghadapi semua ini
emosi saya terus terganggu

***********************************

Ya Allah, ya tuhanku
kau permudahkan segala urusanku
kau ringankanlah sedikit bebanku
kau berikan la aku kekuatan
untuk aku harungi semua ini
walaupun sukar bagiku untuk terima
kau yakinlah aku bahawa apa yang berlaku ini
adalah terbaik untuk aku
sesungguhNya aku menyerah diriku padaMu Ya Allah..

Saturday, January 22, 2011

saya redha...

saya menunggu hari ini dengan penuh debaran
saat menunggu nama dipanggil
jantungku berdegup kencang
bermacam persoalan yang bermain diminda
dan hari ini saya disahkan menghidapi penyakit hypertyroid...
saya terkaku di situ..
saya redha dengan apa yang berlaku
walaupun penyakit ini bukan dikategorikan sebagai penyakit yg bahaya
saya yakin saya akan sembuh sepenuhnya
apa yang pasti,
penyakit ini bukan penghalang utk saya terus mengecapi kebahgiaan...
^_^

Selamat Hari Jadi Mak!!!

Oh ye ni nak kasi tau 20 Januari memang hari yang paling gembira buat aku dan yang pastinya lebih gembira adalah mak aku, sebab hari ni hari jadi dia… Selamat ulang tahun mak.. semoga mak sentiasa panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik pada tahun ni… Dan seperti biasa, saya orang yg pertama wish dekat dia ^_^.. Oleh kerana bulan ni saya sangat pokai, maka saya tiada hadiah yg gempak untuknya kecuali en.tunang telah memberi satu kotak buah limau pada malam hari..dan saya hanya sempat belanja mak makan pasembor dua hari kemudiannya... hehehe, sori ye mak..ape pun, i love u so much… muaaahhhh!!

p/s: tunggu ye mak, ujung bulan ni kite kasi hadiah ye...

Wednesday, January 19, 2011

buah hati yg baru~~~

Buah hati saya yang baru sudah keluar
buah hati saya yang ini amat putih skali
buah hati ini bernama AHK 3681
Buah hatiku sayang tolong jaga saya ya
^_^

Wednesday, January 5, 2011

malang buatku...

baru 2 hari menyambut tahun baru, aku ditimpa malang...keretaku accident...waaaaa, sedihnya..

Saturday, January 1, 2011

::SELAMAT DATANG 2011 ::

selamat tahun baru buat semua!!

ehem-ehem...azamku tahun ini.

gembira selalu
simpan duit banyak
senyum selalu
banyak bersabar
dekatkan diri pada Tuhan
bahagi masa dengan baik
bertanggungjawab lebih
sentiasa benar
memaafkan orang dan tidak berdendam

aku mohon, hidup aku selalu diberkati. gembira aku sentiasa berpanjangan dan dikelilingi orang-orang yang baik serta dijauhi perkara-perkara yg mendatangkan keburukan kepadaku..

amin..