Monday, February 28, 2011

hepPy enDing..

Tahniah kakzila!!!nk wish kat kakzila yg baru bergelar isteri malam td kpd abg wasfi dengan sekali lafaz sahaja..huhuhu, dasyat! ..moga ikatan yang dibina kali ini akan berkekalan hendaknya...saya doakan kalian berdua memperolehi anak-anak yang soleh dan solehah pd masa yg akan datang...

dan doakan untuk saya juga ehh..^_^

Saturday, February 26, 2011

makin menjadi-jadi

sangat tidak suka situasi ini
jerawat saya semakin menjadi-jadi
benciiiiiii
adakah hormon badan xstabil?
atau
saya yg byk memikir?
:((

Friday, February 25, 2011

Seperti Pelangi Itu

hujan lebat disubuh hari
berlarutan hingga ke pagi
membawa kedinginan bersama
namun munculnya sang suria
memancarkan sedikit cahaya
hingga terbitnya pelangi yang indah
sangat mendamaikan
hingga memberikan ketenangan di hati
seperti pelangi itu
~indah~


Thursday, February 24, 2011

::sakit tekak::

Rentetan sakit tekak yg melampau, sudah 3 ari saya makan bubur...padan muka, tu la takut sangat nk jmp doktor...dh xboleh nk mkn, dh xboleh nk tido, br nk jmp..kan dh dpt ceramah percuma..

Wednesday, February 23, 2011

Buah Hati Mama Yun~~

habib redza redzuan
sangat cantik namanya
kesayangan mama dan papanya
moga kamu membesar dengan penuh kasih sayang
moga kamu menjadi anak yang berbakti pada keluargamu
moga kamu menjadi insan yang soleh di dunia dan akhirat
moga kamu menjadi seorang pemimpin di dunia ini


p/s: saya berkesempatan melawat mummy yun minggu sudah. Sangat comel baby ini seperti mummy dan papanya..

Friday, February 18, 2011

sudah capai impiannya..

sudah lama die menunggu
sudah lama juga die mencuba
sudah banyak halangan ditempuhnya
untuk mencapai impian dilangit
namun sahabat ini tetap sabar menunggu
tiada istilah putus asa baginya
dan hari ini
die berjaya
berjaya mencapai impiannya
tahniah sahabat
dan saya?
masih mencuba mencapai bintang dilangit
moga ia tidak terlalu tinggi

coret-coret perjalanan~~part 3

di sekitar majlis perkahwinan sahabat saya, wan suhaila binti wan hamid..enjoy it..



















coret-coret perjalanan~~part 2

Gambar2 ini menggambarkan betapa enjoynya kami semua ketika berada di kelantan..untuk lai ngan bed, saya pasti akan merindui saat2 bersama...sayang kamu...












Thursday, February 17, 2011

hati ini

insha allah, lg 8 bulan saya akan menamatkan zaman bujang saya..tp auranya masih belum datang..hati dan perasaan saya mcm biasa..xde pun prasaan excited atau pun berdebar2..kenapa ye?

tidak sekuat dulu~~

hati dan perasaan

tidak sekuat dulu

mudah disakiti

mudah dicemari

dan mudah dimasuki

oleh unsur-unsur negetif



fizikal juga begitu

sesalu sangat sakit

seperti hari ini

kadang-kadang tidak tertanggung rasanya



YA ALLAH

kuatkan hati ini

kuatkan perasaan ini

dan kuatkan fizikalku ini

agar aku dapat menempuhnya dengan tenang

Friday, February 11, 2011

Sangat sakit ok!

appointment ngan doktor utk ambil tisu tiriod..
subhanallah, sangat sakit ok!
smp keluar air mata...
punye la sakit smp xboleh tido di buatnya...
pagi ni mata dh sepet ckit sbb xcukup tido..

Wednesday, February 9, 2011

coret-coret perjalanan~~part 1

cuti kali ini saya telah bercuti ke kelantan sempena majlis perkahwinan sahabat saya yg juga housemate semasa zaman belajar dulu. Wah! sangat excited sampai terlupa utk membawa kad dan pelan perjalanan ke penginapan. Kan dh kene bebel ngan en.tunang, padan muka.. Nasib baikla telinga ni dh kebal..hikhikhik.. Maaf ye ciklai ngan bed, terpaksa menyaksikan situasi yang kurang menyenangkan ini..hehehehe.....alhamdulillah, perjalanan kami semua dilindungi Allah dan tiada sebarang kecelakaan sepanjang pergi ke sana.

percutian 3 hari 2 malam ini amat bermakna bagi saya..selain teruja melihat sahabat saya ini berkahwin, saya jg dapat bercuti dengan exhousemate, laila dan zahidah (kami sewa bersama di ipoh)...ini kali kedua kami bertiga bercuti bersama selepas perkahwinan rose di kuantan...untuk percutian kali ini, en.tunang telah ikut sekali...

ila, salah seorang coursemate yg merangkap housemate sy slama 2 tahun..byk cerita suka duka yg kami kogsi bersama sepanjang berada disana..walaupun, berbeza negeri, berbeza budaya tapi kami etap serasi...,walaupun masing2 telah membawa haluan sendiri, namun hubungan kami tetap seperti dulu, masih berkongsi suka dan duka..utk ila, saya doakan semoga kalian berdua selamat mengharungi alam rumahtangga yg mencabar ini..sayang kamu.. ♥♥♥♥

p/s:-nanti time sy kawen, jangan lupa datang tau..

Thursday, February 3, 2011

cuti-cuti KELANTAN!

entry kali ini cuti-cuti KELANTAN
sbb ape?
sbb pukul 1.30 ini saya akan bergerak ke sana

dengan siapa?
mestila dgn en.tunang dan 2 org lg sahabat

utk ape?
ooo, untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik saya
di Tanah Merah

siapa?
Wan Suhaila Binti Wan Hamid

doa saya?
saya doakan awak, Wan Suhaila Binti Wan Hamid dan bakal Suaminya Mohd Sabrie semoga berjaya menharungi bahtera rumh tangga..semoga apa yang kalian berdua impikan selama ini akan menajadi kenyataan dan semoga ikatan yang dibina ini dirahmati dan dilindungi olehNya..insha allah

dan saya?
insha allah akan mengikuti jejak langkah kalian berdua..doakan untuk kami berdua ya...^_^

Wednesday, February 2, 2011

~Aktiviti hari Minggu~

hari: ahad
waktu pagi-petang
lokasi: ipoh-bukit merah
















hari: sabtu petang
aktiviti: memasak

lokasi: rumah