Tuesday, December 18, 2012

::Pesanan Buat Para Isteri::

saya jumpa dlm fb..utk ingatan kpd saya juga..:)

Pesanan Buat para Isteri:

Biarpun Suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar..
Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagimana ia masih bergelar suami..
Redha ALLaH adalah selepas redha seorang Suami..
Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga kamu..
Dialah juga yg bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti..
Jodoh kamu dengannya telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi. :)
 


*saya rindukan en.suami..sob sob...:(

Friday, December 14, 2012

5 Tahun Sudah Berlalu~~~

14 Disember 2012
Hari ni saya begitu rindukan DIA
Sudah 5 tahun DIA meninggalkan kami semua
Perginya tidak mungkin kembali lg
Rasanya seolah2 DIA masih lg disisi
Perginya membuatkan diri aku menjadi lebih KUAT
Saat DIA pergi
Akulah tongkat kekuatan utk emakku
Setiap hari bersama emak, aku menjadi insan yg lebih tabah dari biasa
Aku menjadi lebih bertanggung jawab
Akulah abang, akulah kakak utk adik2 ku
Luaran mungkin orang lain nampak aku bersahaja
TAPI
Dalaman, rasanya aku saja yg tau
Disaat menjaga hati semua pihak
Hati sendiri, entah ke mana
Tiada siapa yg peduli
 
 
 
* Dulu bila bersembang ngan abah, aku suka bahaskan diri sebagai orang n abah selalu tanya orang mana..so, next time bila bersembang, aku automatik tukar orang kepada alang..n he like it when i change it..i miss that moment when he said "orang mana?"..tp tu semua 5 tahun lepas punye cite..n now i'm enjoy my life with my husband n cayang busyuk nurin syazwina..n emak, thanx for being my mom n always be wif me..luv so much..^_^

Wednesday, December 12, 2012

Bersama Mengejar Rumah Tangga Yg Bahagia...^_^

td masa blogging terjumpa satu topik ni..moh le kite semua baca, mana nk tau tips2 ni leh dijadikan panduan bersama..


1) sering melakukan kegiatan bersama sama seperti makan bersama , keluar berjalan berdua duaan , beriadah dan mandi bersama

2) galakkan isteri tidur di atas lengan suami . isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan

3) jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri

4) isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5) tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6) kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7) sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8) kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9) sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10) suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11) suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri

12) isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung

13) sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14) isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15) menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16) pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian

17) sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18) fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19) suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20) anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka

21) ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22) keluarga islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan

23) jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

*p/s: tiba2 rindu ngan en.suami..en.suami xde 3 ari..huhuhu

Tuesday, December 11, 2012

Solid Food: Tanda-Tanda Baby Ready For Solid Food

Sejak dh jadi emak orang ni, entry asyik nk kluar pasal baby je kan. Xpela, smoga Allah bg idea utk share lebih banyak perkara dlm blog ini. Biasanya baby akan diperkenalkan dengan solid food bila mereka mencecah umur 6 bulan. Tapi ada juga ibu bapa yg perkenalkan solid food lebih awal dari tu, contohnya baby nurin. Ikutkan mmg nk tunggu baby nurin 6 bulan dulu baru nk bg makan. Tp disebabkan orang disekitar yg nk sangat bg nurin makan, saya mengalah..of course la, sbg ibu saya nk yg terbaik buat baby nurin..

umur nurin 4 bulan lebih saya dh start bg makan..1st solid food yg baby nurin makan adalah kurma lenyek dengan air zamzam tp bukan setiap hari pun...sminggu adala dlm sekali dua mcm tu je...stakat rasa je la...n she enjot it...^_^...saya yakin sbb kurma dan air zamzam adala makanan nabi.

Once baby dh makan, kita sebagai ibu abapa kene sentiasa alert, kene rajin, kene perhati, kene kaji segalanya tentang pemakanan anak. Kat sini saya nk share info yg saya dapat daripada satu blog seorang mummy ni, tanda2 baby ready for solid food:-

  1. baby dh boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan - maksudnya kalau kita letak baby dlm bumbo seat atau baby boleh duduk tegak atas pangkuan kita kira dh ok la tu. Kita xdigalakkan bagi baby makan dlm keadaan baring  bg mengelakkan baby tersedak atau tercekik. Jadi suap baby dlm keadaan baby duduk tegak supaya makanan lebih mudah ditelan.
  2. Berat badan baby dh naik dua kali ganda dari berat semasa lahir - contohnya: masa lahir berat baby 3kg. Time kita nk bg dia makan, berat baby tu mesti at least 6kg baru dikatakan baby dh ready utk solid food
  3. Baby menunjukkan minat yg amat mendalam terhadap makanan - of course la, tima kami semua makan, mata die tengok je makanan tu, pas2 mulut die dh terkumat kamit telan air liur...kadang2 tu, meleleh je air liur die tengok kami makan..
  4. Baby dh pandai mengawal lidah mereka - Biasanya baby 6 bulan ke bawah suka main jelir-jelir lidah macam nk menghisap sesuatu. klu baby dh mula mengurangkan kekerapan menjelir lidah tu maknanya dia dh pandai control lidah sendiri. Itu yg kadang terjadinya baby tolak makanan, luah balik apa yg dia makan, padahal baby tu mungkin belum pandai control lidah dia.
  5. Boleh mengawal kepala dan tengkuk - Maksudnya tengkuk baby tu dh keras, dh stabil untuk mengawal kepalanya sendiri. Janganlah tengkuk baby lembik lg kita dh sua makanan kat baby. 
  6. Cepat lapar - Baby semakin besar makin kuat menyusu. Klu kita perhatikan kekerapan baby menyusu makin kerap, dh tu setiap kali menyusu xpernah nya cukup...silalah bersiap sedia utk bg baby makan.
Seelok-eloknya tunggu la baby mencecah 6bulan dulu atau semua tanda2 ready for solid food ini ada pada anak masing2 then baru la bg baby tu makan..

Kadang2 xsemua perkara kita kite kene ikut cakap buku. Ada sesetengah perkara perlu ikut naluri keibuan. Terlalu awal perkenalkan makanan pada baby pun xbagus juga. Ada banyak kes dh berlaku. Apapun boleh guna tips diatas sebagai panduan kita semua....

next entry : baby nurin + solid food


Wednesday, December 5, 2012

nurin check up 5 bulan

semalam bawa nurin check up 5 bulan..hasil check up
    berat: 5.6kg naik 0.4kg je
    tinggi: 64cm
    lilitan kepala: 43cm
semalam baby nurin kene cucuk 3 serangkai tu...hebat anak ibu, xnangis pun kene cucuk...balik umah terus sapu bam dekat tempat cucuk tu..alhamdulillah, xbengkak pun tempat inject tu...

jom semak perkembangan baby nurin 5 bulan:-
  • bayi boleh mengawal kepalanya ketika ditarik dari keadaan baring ke duduk - checked
  • bayi boleh meniarap dan menelentang - belum lg, klu ade pun ade la sekali dua gitu
  • bayi boleh menggengam objek - checked
  • mata bayi mengikut pergerakan objek - checked 
  • bayi bertindak balas dengan bunyi - checked

Tuesday, November 27, 2012

mood: cuti-cuti malaysia~~

insha allah, jumaat ni akan bercuti di langkawi 3hari 2malam bersama family mertua...doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat sampai ye...:)

Friday, November 23, 2012

jaga2! jangan sampai terbabas..(^_*)

hahaha...tajuk xleh blah..ini ingatan my mom kat saya..disebabkan ibu nurin dh stop makan pil perancang, my mom slalu sound awal2..huhuhuhu

org tua dulu2 slalu cakap bila anak dh pandai isap jari kaki, tandanya dia nk adik..tu sebabnya my mom slalu sound kat ibu nurin ni tp berlapik la...tiap kali si nurin isap jari kaki, my mom slalu cakap jaga2 jangan smp terbabas...nasib baik la en..suami blur, xfaham..hahaha..wat masa ni ibu nurin rancang sendiri, tunggu susu ok dulu br sambung makan pil..:)

jom layan gmbar yg mencetus kontroversi ni

 
 
gambar yg ke3, si tecik ni berjaya memasukkan kakinya ke dalam mulut..nyum2, katanya...tp gmbr goyang, xleh nk upload

Monday, November 19, 2012

Nurin 4 Bulan

result check up 6hb ari tu...
berat: 5.2kg, naik ciput je dlm 400g
tinggi: 63 cm
lilitan kepala: dh xingat..huhuhu
next month kene cucuk 5bln
alhamdulillah, masih lg fully bf
so, utk peraman kali nurse bg pil perancang jenis nordette
makan xsmp 2minggu pun sbb air susu jd kering
elok je stop cik period terus dtg
padahal raya haji tu br je datang
ramai my friend yg suggest makan noriday
tp tunggu dulu kot
rancang sendiri..takut wooo
 
nk tempek ckit muka budak tecik xcited nk g check up



Friday, November 2, 2012

baby nurin sambut raya

dulu raya sorang
xpayah fikir apa2, tambah plak raya haji
skang dh bertiga
byk benda kene fikirkan
jd persiapan kali ni byk pada si kecik ni
ibu die yg terlebih excited
mana xnya raya aidilfitri ari tu ibunya baru abis pantang
xsempat nk beraya sakan..hehehehhe
kali ni raya haji sambut di kampung bapa mertua di rawang
raya kat rawang ni bg saya biasa je
nk kata meriah tu xde la
ape pun layan je gmbr sikecik ni





Wednesday, October 24, 2012

::selamat ulang tahun sayang::

hanya beza 2 minggu shaja hari lahir kami berdua
untuk en.suami, selamat ulang tahun yg ke27
moga kamu sentiasa dilindungi olehNya selalu
dan diberikan kesihatan yg baik
smoga kamu sentiasa dikelilingi dengan kebahgiaan..
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat, kekasih dan suami yg terbaik utk diri ini
insha allah dengan izinNya kita akan bersama hingga akhir hayat
luv u so much dear...


*p/s: sory sayang sempat belanja makan je...adiah kite postpone dulu eh smp ujung tahun..boleh kan? kan?

Saturday, October 13, 2012

hepy besday to me....ngeeeeee~~~~~

hepy besday!! wink-wink
nk jugak wish utk diri sendiri...
dh pun 28 tahun
wah! lg 2 tahun masuk 30, gerun weiii
ape pun, utk diri sendiri
moga menjadi isteri yg solehah utk en.suami
dan ibu yg baik utk baby nurin
moga diberikan kesihatan yg baik
dan rezeki yg melimpah ruah..boleh gitew?
xde hadiah yg bermakna selain berada di sisi suami dan anak tercinta
dan dikelilingi dgn kegembiraan dan kebahgiaan utk selamanya

p/s: en.suami, agak2 ade adiah x utk isteri tersayang ni? hehehehe


saya sayang keluarga saya~~~

Friday, October 12, 2012

baby nurin kene angin pasang..:(

kejadian ni jd selasa last week. Budak tecit ni tiba2 nangis waktu petang around pukul 4ptg. Opah die call 4.30ptg bg tau nurin nangis non-stop since pukul 4...so, ibu die terus balik umah. Sampai umah tengok budak tecik ni tengah sedu br pas nangis. Kesian anak ibu, smp bengkak mata nangis. Esoknya jd lagi smp la ari ahad tu....kebetulan ari ahad tu kami sekeluarga balik kg bt kurau. Saya pun cite la kat maklong pasal nurin suka nangis tiap ptg. Maklong cakap budak tecik ni mungkin kene angin pasang, die suh berubat kg..

ooo..kene angin pasang rupanya budak tecik ni..patutla menangis bagaikan nk runtuh rumah opah. Odw balik umah tu, kami singgah la umah Hj. Sahak, adik aku pernah berubat angin pasang kat die...Die cakap angin pasang ni br nk jd. Fuhh, nasib baik. Hj Sahak ni bg minyak yg di jampi guna ayat al-quran ok utk urut di perut budak tecik ni. Cuma bila berubat ngan hj ni ada pantang larang ckit. Buah limau ape jenis limau pun, betik ngan pisang xleh ade kat dlm umah. Lalu bawah pokok die pun xboleh ok, nk makan apatah lg..ibu die pun kene pantang makan sbb menyusu anak..annivessary ari tu xleh nk celebarate kat luar, sob sob sob, sedih...xpe, demi nurin ibu ikut je, janji budak tecik ni sihat..Nmpk mudah tp susah rupanya. Smp umah, ayahnye ngan opah bw la kluar sume benda yg berunsur limau, pisang ngan betik..smp sabun mandi ngan basuh pinggan pun kene bawa kluar sbb ade beunsurkan limau..

dlm minggu ni nampak kurang ckit nangisnye..Cuma ibu die ade perasan yg perut budak tecik ni selalu kembung. Dh tuam, dh sapu minyak tp angin tu tetap ade. Degil betul angin ni ye..cuma kami sekeluarga tawakal moga2 budak tecik ni sihat pasni...

nk tau lebih lanjut, baca kat cni eh http://shehanzstudio.blogspot.com/2012/01/hernia-angin-pasang-kepada-anak-anak.html


Cian anak ibu ni, sakit ye...sabar eh sayang. Ibu tau nurin budak kuat kan. Nurin cepat sembuh ye, nnt ibu bg upah mainan..hehehe


gambar budak tecik xsihat...

Monday, October 8, 2012

setahun sudah..alhamdulillah ^___^

 Tahun lepas, pada tarikh ini, 7 Oktober 2011 saya telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati. Dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Mohd Suhairi. Alhamdulillah.


Dan semalam, 7 Oktober 2012, genap setahun kami sebagai suami isteri. Terima kasih Ya ALLAH kerana memanjangkan jodoh kami. :)

dan selama setahun ini juga banyak perkara yg saya belajar
suka duka tawa riang semuanya menjadi rencah dlm hidup kami
jika sebelum ini kami hidup berdua
namun kini semuanya berubah

3bulan yg lalu kami berdua melangkah ke alam yg baru
dengan kehadiran puteri kami
NURIN SYAWINA
banyak benda lg yg perlu belajar
dan semuanya perlukan kekuatan fizikal dan mental




Kepada En. Suami,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama saya ucapkan. Semoga ikatan kita kekal selamanya. Tak ada hadiah yang lebih istimewa dapat saya berikan pada abg melainkan dengan kehadiran cahaya mata kita, nurin syazwina. 

Dalam usia setahun perkahwinan kita ni banyak dugaan yang kita tempuhi namun itu semua dugaan sementara dari ALLAH. Semoga segala apa yang kita usahakan dan doakan selama ini tercapai dengan izin ALLAH. InsyaALLAH.

Saya sayangkan abg sepenuh hati. Terima kasih di atas kesabaran melayan karenah isterimu ini dan  menerima diri ini seadanya dalam hidup abg.
 
 
 Ya Allah, semoga hubungan kami kekal bahagia dan mendapat berkat dan rahmat dariMu hingga ke syura..Amin


Tuesday, October 2, 2012

hepy belated besday!

nk wish hepy belated n uncoming besaday utk org2 yg saya sayang
moga kalian sume sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya
sentiasa dikelilingi dengan kegembiraan dan kebahgiaan

my SIL 7 sept

bff ciklai 20 sept

my brother 26 sept

my bff, suha uncoming 3 oct

Monday, October 1, 2012

nurin oh nurin!

hari ni baru masuk keje setelah bercuti seminggu disebabkan oleh NURIN SYAZWINA
sbb ape?
sbb si tecik ni xmo minum botol susu
jadi ibu nya menjadi mangsa
terpaksa ambl cuti sminggu utk train balik si tecik ni minum guna botol susu
mak aiii! punya seksa nk ajar die
meraung2 si tecik ni bila bg botol kat die
macam kene pukul lagaknya
tp yg peliknye sbb ape tiba2 je si tecik ni xmo minum botol
ade sape2 tau x????
sebelum ni ok je
runsing hati ibu die
badan je kat ofis tp hati kat umah...

budak tecit yg buat perangai gara2 xmo isap botol

Monday, September 24, 2012

kene paksa...:p


saja letak gambar budak tecit ni kene paksa ngan ibu die meniarap..hehehe

Tuesday, September 4, 2012

budak tecik demam..

gambar budak tecik demam+selsema+batuk
sume cukup
kesian anak ibu ni..
pg td g hosp sedut hingus ngan kahak
abis bergema satu hospital dek tangisan budak tecik ni
ayah yg pegang
ibu tengok jauh2 je...
klu ibu pegang, ibu ikut skali meraung
hati ibu xkuat sayang nk pegang kamu
untuk pertama kali ibu tengok kamu menangis smp selak
rasa mcm nk ganti je tempat kamu
cepat baik ye sayang

Wednesday, August 29, 2012

Udah start keje~~malasnye

alahai, malasnye rasa bila dh start keje setelah 2 bulan bercuti..rasa liat je nk tinggal budak kecik ni ngan opah die...tambah2 lg bila budak kecik ni dh panjang akal....dh mula sembang, mcm faham je ibu die sembang apa ngan die...adakala smp mengekek ketawa die...sangat bahagia..xkan nk berenti keje kot..abis la income ibu klu berenti keje..huhuhuhu..nasib baik ibu masuk keje kul 9...ofis pun dekat dlm 10 minit dh smp...sempatla siapkan budak kecik ni b4 g keje...

alhamdulillah, hari pertama baby nurin sangat behave...tido je kejenye...ibu balik time lunch hour pun die buat derk je kat ibu die...majuk ngan ibu eh..

masuk hari ke 2, nurin xnk tido...tido kejep je dh bangun...tp masih lg terkawal...wat masa ni stok susu utk nurin 10oz sepanjang hari...cuma b4 g keje, lunch hour ngan balik keje bg direct kat nurin...sebelum g keje slalu pesan kat nurin jaga diri elok2..jangan buat perangai bila tinggal ngan opah...ibu ngan ayah cari rezeki utk nurin juga...huhuhu..lain je perasaan bila jd ibu ni...

Sunday, July 29, 2012

alhamdulillah! selamat sudah~~~~

perkenalkan buah hati pengarang jantung kami berdua
Nurin Syazwina Bini Mohd Suhairi
Lahir pada 29 Jun 2012
Pukul 8.09 pagi
Berat 2.88kg
Dengan ketinggian 47 cm


 Day 1

 Day 6

Day 11

Day 25

Thursday, June 21, 2012

Dh nk bersalin ke???

smalam lebih kuran pukul 4.30 ptg, tiba2 sakit bahagian blakang pinggang ke bawah...masyaAllah, sakitnye smp kluar air mata....selang 15 minit sakit balik....terus set dlm mind, dh nak bersalin ke? mmg tengah tunggu hari je ni....tangan laju je msg en.suami tanye die dh balik ke belum....en.suami xreply...klu 5.30 xok lg camne nk drive balik....cuba positifkan diri, braxton hicks je ni....dlm 5.15 jadi balik..sudah! camne nk drive balik ni...

dlm 5.20 en.suami reply msg yg die dh smp umah...cite la sume kat die...en.suami cakap xpe, die dtg ambl...ala, xkan nk suh die patah balik kot....so, ckap kat en.suami tunggu dlm 10 minit lg, klu ok xyah dtg ambl...alhamdulillah, dlm kul 5.30 tu mcm ok...so, drive balik cepat2...sebelum balik sempat la google tanda2 awal bersalin...ni yg en.google bagi:-

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

Sakit Belakang

Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.(dh rasa ptg smalam, kekerapan 3 kali je)

Pecah ketuban
Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

Lendir pekat bercampur darah
Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik :).

Serviks terbuka hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

Kerap terkentut
Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)

Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

Kerap terkencing
Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah. (sejak smalam rasanya setiap 15-20 minit pasti masuk toilet)


Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera..betul, dh check ptg smalam, rasa mcm kosong je bahagian atas...tunggu hari ke ni???
Berat badan berkurangan
Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba..nononono, berat naik lg 2kg...:)

Tuesday, June 19, 2012

update 38 minggu~~~wink-wink

hari ni mcm biasa check up utk 38 minggu..bermakna ada lg 14 hari lg utk EDD...nurse tu cakap, bila dh 38 minggu, bila2 masa je baby boleh kuar...so, just be prepared...klu baby xkluar juga, mayb kene induce pada minggu 40..huhuhuhuhu...
hasil check up:-

     berat- 34kg
     bp - 110/70
     hb - minggu ni xpayah ambil darah
     tinggi rahim - 36
     jantung baby - 138

next week kene datang check up utk 39 minggu...jom usha apa yg berlaku sepanjang kehamilan 38 minggu

Mabuk/ Alahan/ Kondisi
alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan ini saya tiada alahan yang teruk. Ade sesetengah ibu hamil mengalami morning sickness yg teruk..tetapi saya, sihat walafiat dengan izinNya dan masih mampu meneruskan aktiviti seperti biasa...cuma saya jd cepat letih walaupun selepas mandi..

pada kandungan 5-6 bulan, bermula episod kejang kaki pada malam hari hampir setiap minggu..sampai saya jadi seorang yg berhati2 ketika tido..biasanya, saya terus kejutkan en.suami..tp bila selalu sangat kejut, en.suami berleter sbb saya selalu tido xberselimut w/pun dh pesan byk kali...bila dh byk kali terjadi, biasanya saya akan bengkokkan kaki sedikit..alhamdulillah, pada kandungan 7 bulan lebih, masalah ni dh xde....

satu lg yg selalu alami adalah masalah heartburn...bila sekali kene, confirmlah menangis2 kat en.suami...tp nk buat mcm mana isteri die ni degil sangat...suka makan makanan yg berangin....paling teruk kene masa tengah gila makan goreng cempedak..

Mengidam
Alhamdulillah, saya tiada mengidam yang bukan2, sume boleh dicari..nk kata mengidam sangat tu xde la..biasa2 je....cuma ade satu makanan yg masih belum jmp...sup hamid penang, cicah plak ngan roti benggali, pergh! sedap tu...tp selalu xbernasib baik..bila nk pegi je ade halangan...bila dh pegi, kedainya plak tutup...tp nasib baik kat tepeng ade satu kedai ni, sup die lebih kurang mcm sup hamid...tp masih belum sempat pegi lg...dh 2-3 kali en.suami usha kedai tu tp tutup....ngat ptg ni nk ajak en.suami pegi usha skali lg...

Mood memasak dan Selera Makan
Saya amat bersyukur dalam tempoh kehamilan ini saya masih ade tenanga nk buat itu dan ini..masih larat nk buat kerja rumah kecuali mop rumah, en.suami xizinkan takut terjatuh katanya...masih larat nk memasak utk en.suami..alhamdulillah, sepanjang mengandung ni hanya beberapa kali kami berdua makan kat luar, selebihnya saya memasak dirumah...

dari segi selera makan plak, sangat memberansangkan...en.suami pun terkejut tengok selera makan isteri die....setiap masa ade je makanan kat sebelah...nasib baikla xeffect sangat dekat berat badan...klu x, confirm tiap2 kali check kene bebel dgn nurse...

Bila dh masuk kandungan 9 bulan, mudah terasa penat...jd mood memasak pun kurang....tp mmg patut la kan, dh nak bersalin pun..:)

Apa lagi ye? xbanyak sangat pun...semuanya mcm ok je..kaki pun xbengkak, urat pun xtimbul lg..kurang pasti apa penyebabnya...harap2 semuanya ok smp ke hujung nnt..insyaAllah..

Friday, June 15, 2012

Hidup kita x semestinya indah....jadi bersyukur di atas segalanya

kadang2 apa yg kita harapkan, impikan blm tentu tercapai...tapi percayalah setiap apa yg di tentukan ada rahmat disebaliknya. kadang2 hidup kita bahagia...tapi ade juga yg sengsara,,apabila kita berada di atas jgn lupa masih ada yg di bawah yang memerlukannya.

"jika tali terlalu tegang, maka itu tandanya akan putus. Jika mlm sgt pekat, maka kegelapan itu akan segera pergi. Jika urusan terasa semakin susah, itu ertinya kelapangan akan segera dtg. Tidak mungkin satu kesusahan mengalahkan dua kemudahan......"

percaya lah ilyanie...kesulitan yg kita hadapi adalah ujian utk kita, hadapinya dgn tenang & tabah. itu bermakna Allah masih sygkan kita...dia bg ujian utk kita, menandakan bahawa dia masih sygkan kita...

Friday, June 8, 2012

DIA JODOH SAYA?? mcm mana nk tau ye???

pd sy..kite akan tahu dia tu jodoh kite
bile kite rase selesa je dgn dia
and kite takde jadi org lain bile dgn dia
kite selesa utk tunjuk diri kite yg sebenar
tapi kalau asyik nak rahsia2 sy rase mcm tak lah kot
sbb kalau betul kite rase dia jodoh kite
mesti kite dh ade plan nak kahwin dgn dia kan?
tak kan sampai dh kahwin pun still nak berpure-pure?
sampai bile
so if kite selesa jek dgn dia..pd sy tu antara tanda2 dia jodoh kite lah ..
dan kite boleh nampak yg dia akan jd ketua kite
pembimbing kite
yg kite nampak leh jd ayah...
atau yg boleh buat hati berbunge tak kire mase setiap kali kite tgk dia
yg paling best if dia dpt faham kite
faham kerenah kite
tarik muke belah kanan dia tahu sebab ape
tarik muke belah kiri lak dia tahu pasal ape
and pd sy lagi..sy tahu dia jodoh sy
bile sy nampak dia sanggup bersusah dgn sy
tak tinggal sy bile sy dlm kesusahan
and sentiase je ade kat tepi ke
belakang ke untuk support sy
and ade kat depan gak utk tarik tgn sy

sy harap jodoh sy dgn suami kekal sampai syurga :)
tambah2 lg dengan kehadiran benih cinta kami xlama lg

Tuesday, June 5, 2012

check up 36 minggu

macm biasa, hari ni check up utk 36 minggu...
bangun pagi mcm malas je nk pegi check up
sbb xcukup tido smalam....dh kul 2 pg pun masih xleh tido
huhuhuhu.....

hasil check up
berat :- 52.5kg
bp:- 100/60
tinggi rahim :- 34
hb:- 12.9

hari ni jumpa dengan doktor..sangat sempoi doktor ni...semuanya ok cuma air ketuban kurang ckit...doktor cakap perut baby kemek ckit sbb ruang dlm perut ibu die kecik...tp xde effect ape2 pun..cuma masa scan td anu die terkepit, xnmpk la anu die...huhuhu..xpe2, kasi suprise ckit kat sume ye syg...ibu ngan ayah xkisah kamu baby girl ke boboi ke janji kamu sihat sempurna....lg 2 minggu dtg check up lg...:)

Monday, June 4, 2012

9bulan sudah..^___^

hari ni officially 9bulan...
tunggu hari je kamu nk kluar..
seronok menjadi seorang ibu ni...
setiap detik tu sangat indah...
bile die ke kanan, peyut menyenget ke kanan
bile die ke kiri, peyut pun menyenget ke kiri...
hehehehehe..comel je aku rasa bile die gerak
nmpk bonjol2 kecil ..rasa nk tangkap dan gigit2 je..
sayang, xsabarnya nk jmp kamu...
nk peluk cium kamu puas2....

Tuesday, May 29, 2012

Layan je....


ni gambar wedding my officemate, noreha....cantikkan die...
noreha buat serentak dengan kakak die...
kakak die pakai wane pink...
tp rasanya noreha lg menyerlah dengan warne hijau
dan saya yg semakin bambam...


Tanggungjawab Bapa Selepas Anak Dilahirkan

mownink!!! ade terbaca di salah sebuah blog M2B kat sini http://upsanddowns2012.blogspot.com...saja/ nk share info ni dgn sume kengkawan..huhuhu...sangat berguna utk en.suami....^_^

 
1. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
Syarat dan pelaksanaan :

Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.

Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna. Hikmah : Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan rahsia “azan” dan “iqamat” adalah seperti berikut :-

a. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang bersifat sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.

b. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.


2. Melakukan Sujud Syukur

Para suami juga disunatkan melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).


Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

 

3. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi.

Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.

Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. (1) Seandainya kurma sukar didapati, boleh digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah. Jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan – makanan lembut yang manis.


Hikmah :

# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya.

# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu.

# Dapat mengambil berkat dari orang – orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.

# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang shalih.


Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.


 
4. Mendoakan anak & memberi nama

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa - Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.


5. Penyembelihan aqiqah & bercukur rambut

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.

a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin


 Bercukur rambut(bukan cukur jambul je haha)

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.


Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

"Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan," ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

"Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. "Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil," tegas beliau.


6. Menanam uri

Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluarga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

Selain itu, ibu bapa diingatkan  agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.


7. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan..

Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Friday, May 25, 2012

Jom layan lagu ni....^___^


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa


Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Tuesday, May 22, 2012

check up 34 minggu

pagi td check up seperti biasa....cuma en.suami xdpt nk teman
hasil check up:
     berat: 52.5kg
     hb: sebulan sekali je..lg 2minggu baru check
     bp: 110/70
     tinggi rahim: 34cm
     jantung baby: 140
sebelum check up td kene dengar ceramah ttg penyusuan ibu...
ok la, cuma penceramah tu mcm bosan ckit
lg 2 minggu cukup kandungan 9 bulan...
wah! dh xlama baby nk kuar...:)

Monday, May 14, 2012

Update checklist for baby N mommy~~

Kandungan dh mencecah 8 bulan 1 minggu...ade lg kelengkpan yg xcukup....huhuhu...bila la nk beli...dh xlarat dh ni..

CHECKLIST FOR BABY :

1. Baju tidur/Harian (long sleeve,long pant,romper)- 0-3months,6-12months
2. Booties & Mittens
3. Milk bottle
4. Kain Lampin - 1 set ade 10 helai
5. Diapers Newborn - ade 2 pek (pet-pet dan drypers)
6. Blanket baby
7.Changing Mat
8. Bedding set+ pillow set  (mak mertua sponsored)
9. Berus botol susu
10. Baby Wipes
11. Small Towel
12. Baby Towel 13. Bath set
14. Liquid cleanser utk cuci botol
15. Minyak telon @ Yu yee
16. Barut perut
17. Baby vicks
18. Kelambu baby - tengok keperluan, kat rumah dh ade satu yg anak buah punye
19. Baby cotton buds
20. Baby bag
21. Baby nail clippers 22. Kurma utk bertahnik
23. Baby cot - xperlu
24. Buaian - tengok keperluan
25. Susu formula (tin kecik) - tengok keperluan, rasanya xperlu kot
26. Gripe water utk elak kembung
27. Nappy rash Cream
28. Milk bottle strellizer – xperlu, guna periuk je
29. Breast pump  - madela harmony je
30. Baby Carries - pas pantang
31. Car Seat - pas pantang
32. Stroller - pas pantang
33. Wound Cotton Buds
36. Flask for travelling
37. Safety napkin pins
39. Drawer brg-brg baby - guna yg ibu punye, jimat...
40. Storage bottle - ade 10 bottle + zip lock storage bag


CHECKLIST FOR MOMMY :

1. Maternity Pads - pakai pad biasa kot..
2. Nursing Bra
3. Nursing Pad
4. Set Bersalin
5. Batu tungku
6. Stokin/ baju sejuk - kat rumah mmg dh ade
7. Nipple cream
8. Jeli gamat @ pati ikan haruan utk sembuhkan luka
9. Bengkung
10. Baju yang botton kt dpn, bertujuan senang utk breastfeed @ nursing shirt
11. Kain batik
12. Disposable panties
13. Madu lebah asli
14. Selipar
hmmmm...ape lg eh yg xupdate..