Tuesday, May 29, 2012

Layan je....


ni gambar wedding my officemate, noreha....cantikkan die...
noreha buat serentak dengan kakak die...
kakak die pakai wane pink...
tp rasanya noreha lg menyerlah dengan warne hijau
dan saya yg semakin bambam...


Tanggungjawab Bapa Selepas Anak Dilahirkan

mownink!!! ade terbaca di salah sebuah blog M2B kat sini http://upsanddowns2012.blogspot.com...saja/ nk share info ni dgn sume kengkawan..huhuhu...sangat berguna utk en.suami....^_^

 
1. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
Syarat dan pelaksanaan :

Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.

Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna. Hikmah : Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan rahsia “azan” dan “iqamat” adalah seperti berikut :-

a. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang bersifat sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.

b. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.


2. Melakukan Sujud Syukur

Para suami juga disunatkan melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).


Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

 

3. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi.

Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.

Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. (1) Seandainya kurma sukar didapati, boleh digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah. Jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan – makanan lembut yang manis.


Hikmah :

# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya.

# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu.

# Dapat mengambil berkat dari orang – orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.

# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang shalih.


Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.


 
4. Mendoakan anak & memberi nama

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa - Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.


5. Penyembelihan aqiqah & bercukur rambut

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.

a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin


 Bercukur rambut(bukan cukur jambul je haha)

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.


Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

"Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan," ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

"Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. "Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil," tegas beliau.


6. Menanam uri

Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluarga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

Selain itu, ibu bapa diingatkan  agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.


7. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan..

Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Friday, May 25, 2012

Jom layan lagu ni....^___^

video

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa


Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Tuesday, May 22, 2012

check up 34 minggu

pagi td check up seperti biasa....cuma en.suami xdpt nk teman
hasil check up:
     berat: 52.5kg
     hb: sebulan sekali je..lg 2minggu baru check
     bp: 110/70
     tinggi rahim: 34cm
     jantung baby: 140
sebelum check up td kene dengar ceramah ttg penyusuan ibu...
ok la, cuma penceramah tu mcm bosan ckit
lg 2 minggu cukup kandungan 9 bulan...
wah! dh xlama baby nk kuar...:)

Monday, May 14, 2012

Update checklist for baby N mommy~~

Kandungan dh mencecah 8 bulan 1 minggu...ade lg kelengkpan yg xcukup....huhuhu...bila la nk beli...dh xlarat dh ni..

CHECKLIST FOR BABY :

1. Baju tidur/Harian (long sleeve,long pant,romper)- 0-3months,6-12months
2. Booties & Mittens
3. Milk bottle
4. Kain Lampin - 1 set ade 10 helai
5. Diapers Newborn - ade 2 pek (pet-pet dan drypers)
6. Blanket baby
7.Changing Mat
8. Bedding set+ pillow set  (mak mertua sponsored)
9. Berus botol susu
10. Baby Wipes
11. Small Towel
12. Baby Towel 13. Bath set
14. Liquid cleanser utk cuci botol
15. Minyak telon @ Yu yee
16. Barut perut
17. Baby vicks
18. Kelambu baby - tengok keperluan, kat rumah dh ade satu yg anak buah punye
19. Baby cotton buds
20. Baby bag
21. Baby nail clippers 22. Kurma utk bertahnik
23. Baby cot - xperlu
24. Buaian - tengok keperluan
25. Susu formula (tin kecik) - tengok keperluan, rasanya xperlu kot
26. Gripe water utk elak kembung
27. Nappy rash Cream
28. Milk bottle strellizer – xperlu, guna periuk je
29. Breast pump  - madela harmony je
30. Baby Carries - pas pantang
31. Car Seat - pas pantang
32. Stroller - pas pantang
33. Wound Cotton Buds
36. Flask for travelling
37. Safety napkin pins
39. Drawer brg-brg baby - guna yg ibu punye, jimat...
40. Storage bottle - ade 10 bottle + zip lock storage bag


CHECKLIST FOR MOMMY :

1. Maternity Pads - pakai pad biasa kot..
2. Nursing Bra
3. Nursing Pad
4. Set Bersalin
5. Batu tungku
6. Stokin/ baju sejuk - kat rumah mmg dh ade
7. Nipple cream
8. Jeli gamat @ pati ikan haruan utk sembuhkan luka
9. Bengkung
10. Baju yang botton kt dpn, bertujuan senang utk breastfeed @ nursing shirt
11. Kain batik
12. Disposable panties
13. Madu lebah asli
14. Selipar
hmmmm...ape lg eh yg xupdate..

cuti-cuti Malaysia:- KL lagiiii~~~

cuti-cuti malaysia kali ini ke kl untuk yg ke berapa kali pun aku xpasti....hehehehe...tujuan utama antar mak ke rumah abg untuk majlis konvo adik aku kat dewan picc yg berlangsung esok...disebabkan majlis tersebut berlangsung hari selasa, kami suami isteri xdpt join...ktorg gerak dari rumah pukul 2 ptg lepas en.suami abis keje....

so, alang2 pegi kl, kami suami isteri berpakat nk melawat sahabat aku di hospital serdang..actually aku yg paksa en.suami pegi melawat ila... ktorg gerak dari putra height dlm kul 10.30pg sbb en.suami xpernah pegi hosp serdang..sebelum tu, ktorg pusing2 dan cuci mata kat putrajaya..dalam 11.30 ktorg smp hosp serdang, disebabkan waktu melawat pukul 12 kami berdua lepak dkt cafe hosp....wah! environment hosp ini sangat bagus berkali2 ganda klu nk compare dgn hosp taiping..huhuhu..aku suka hosp ni...ila duduk kat ward kelas 3 tp walaupun 3rd class, sangat selesa ok..satu ruang tu hanya menempatkan 6 org pesakit je..jd xla sesak sangat..klu di taiping ward kelas 3, ward bersalin die macam dorm asrama sekolah...sangat padat...ada ketikanya pesakit hanya diletakkan di atas tilam tanpa katil....aku xdpt bayangkan bila aku bersalin nnt..huhuhuhu..hopefully masa nk bersalin nnt, pesakit xramai la...

sejam juga la aku chit chat ngan ila b4 die kene check ngan doktor pakar....klu result die ok, insha allah die akan discharge..klu x berkampung lg la kat hosp....dari hosp, ktorg gerak ke mid valley sempena expo baby...yg ini pun en.suami kene paksa pegi.... masa ktorg smp tu waktu kemuncak, dlm 2.30 ptg gitu...jd parking byk full..ktorg parking kat the gerden, bangunan sebelah mid valley...sian en.suami sangat stress melayan kerenah isterinya...:)

disebabkan barang dh byk dh beli, kami cuma beli pampers (pet-pet), 1 set rompers, bengkung utk ibu dan storage bottle (antumz - 1 bottle), botol susu (MAM) dan nursing bra...nk shopping lg tp en.suami sakit kepala, so terus balik ke taiping...sebelum tu singgah rumah nenek en suami dekat felda sg buaya, bukit beruntung....

ok, itu je nk cerita hari ni..:)

Wednesday, May 9, 2012

SELAMAT DATANG BABY SUFIE AMANI

Tahniah buat sahabat saya, wan suhaila yg berjaya melahirkan baby girl melalui pembedahan pada 3 mei yg lalu...sepatutnya duedate ila adalah 2minggu lewat dari duedate saya..tp apakan daya, sudah kehendak tuhan ila dipaksa besalin pada kandungannya berusia 7 bulan atas sebab tekanan darah yg amat tinggi 220...huhuhuhu, menakutkan...alhamdulillah, ila dan babynya selamat dibedah dan babynye terpaksa di tahan sehingga sihat sepenuhnya...

kpd baby sufie amani, aunty tahu kamu seorang yg kuat..smoga kamu pulih sepenuhnya dan membesar bagaikan johan..:)...auty xsabar nk tengok kamu...


insha allah, hujung minggu ni saya akan menziarahi beliau d kl....rindu sangat nk jmp kamu..xsempat nk laga2 perut..huhuhu

Check Up 8 bulan

check up dan check up lg...
smalam genap kandungan 32 minggu aka 8 bulan..
hehehe....mcm xpercaya je..
tinggal lg 8 minggu before duedate...
harap2 sume berjalan dengan lancar

so, ringkasan check up smalam
   berat: 50 kg (aku tengok 51 kg)
   hb : 12.3 bp : 110/70
   Jantung baby : 158
kepala baby pun berada kat bawah
dan smalam kene suntikan kancing gigi utk kali ke-2
lg 2 minggu kene dtg check up...:)

jom tengok perkembangan janin 32 minggu

    
Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.