Thursday, February 2, 2017

Percutian Singkat

Baru-baru ni sempena Tahun Baru Cina, kami sekeluarga bercuti di teluk batik bersama family mertua. Kami gerak dari taping lebih kurang jam 7.30 pagi dan terus ke teluk batik untuk berkelah katanya..haha..padahal xbawa bekal ape pun..bawa buah limau semata-mata..dasyat kan kami sekeluarga berkelah

macam biasa, ayah yg akan mandi dengan anak2..ibu tolong tengok je..ibu malas nk salin baju nanti..


dari kiri  kakak ipar, adik ipar dengan mak mertua


ibu tengok korang mandi je


muka suami berkilat baru lepas mandi, anak dara pakai short pant je


hari kedua, sebelum balik ke taiping kami singgah ke pusat konservasi dan penerangan penyu di segari, lebih kurang 20 minit dari hotel. Susah juga nak cari tempat ni, sbb xde signboard yg jelas ke sana..ktorg patah balik, tanya org niaga goreng pisang jalan nak ke sini



budak teruja, kalau boleh nak masuk duduk dalam kolam tu


anak penyu yg baru menetas rasanya, sbb saiz dia kecil je


nurin dan naim


yg ni saiz dia besar...

so far, percutian pendek ini ok je bagi aku..bawa anak2 jalan, spent time together..lagi pun family mertua memang kaki jalan pun..jadi kami tumpang sekaki

Wednesday, January 25, 2017

Al-Fatihah~~

pagi semalam dikejutkan dengan panggilan mak yg mengatakan, mak suha telah meninggal dunia..terkedu aku seketika..suha ni my bff since sekolah lg sampai la..lepas mak call, terus call suha utk dapatkan pengesahan..yes, suha angkat phone tp hanya dengar tangisan dihujung sana...talian diputus kan..

aku text suha, it's ok suha, take your time..

kalau la suha dekat, dh lama aku peluk dia, bagi kata2 semangat. Masa arwah abah meninggal dulu, suha ada disisi aku..

then, i call ewah untuk pastikan sama ada dia tau akan perkhabaran ini..dan ternyata ewah juga terkejut seperti aku. Aku minta dia call Amir, husband suha untuk maklumat lanjut..i call en.suami, bagitahu pasal berita ini..

jenazah di bawa balik ke bukit chandan, kuala kangsar untuk dikebumikan selepas asar..aku dan suami pergi ke bukit chandan pada petang itu..masa ktorg sampai, jenazah ada di dalam masjid untuk disembahyangkan. Aku hanya tunggu di dalam kereta kerana keuzuran ku..

i know that feeling, when we losed someone that we love..it's so hard, but we must faced qada' and qadar... i losed my father 10 years ago..it's take time to recover..

untuk suha, aku doakan ko tabah dan redha dengan pemergian makcik..janji allah itu pasti..kita sebagai hambaNya kena teruskan hidup..doa banyak2, agar perjalanan makcik sempurna di alam sana..sesungguhnya doa anak2 yang soleh dapat membantu arwah..


Thursday, January 12, 2017

Belajar Untuk BERSYUKUR

semalam terbaca satu post seorang sahabat di fb..
dia upload sekeping gambar dan bertulis i'm not longer with A .......(sudah berhenti kerja dengan company A dan bekerja di company yg baru)
gambar tu mendapat sokongan dari sahabat yg lain yg komen nya seakan2 negetif..

bagi aku it's ok klu kita berhijrah ke tempat baru..bagus sebenarnya
kita bekerja dengan persekitaran yg baru, rakan yg baru dan banyak pengalaman yg kita perolehi..seolah2 kita refresh balik diri kita sendiri

tp

awak lupa bahawa masa awak berada di tempat yg lama awak belajar macam2..dari zero hingga awak tahu segalanya..terutama bila awak masuk kerja sebagai fresh graduate, dh tentu awak bermula dari bawah..sepatutnya awak kene bersyukur dan berterima kasih pada company yg lama kerana apa yg awak ada sekarang ini, apa yang awak capai pada hari ini adalah disebabkan peluang yang diberikan.

Ya betul! mungkin layanan atau cara kerja di company yg lama menjengkelkan tp at least dia mengajar awak how to survive..agaknya kalau company yg lama xberi peluang, mungkin awak belum tentu berjaya pada hari ini...sekurang2 nya awak bersyukur la, xperlu untuk memburukkan company yang lama..

*Nota kaki: pengingatan untuk diri sendiri, sejauh mana kita berada di atas, jangan lupa sesekali pandang ke bawah..takut nanti bila terjatuh, kita xmampu untuk berdiri semula,..

Wednesday, January 11, 2017

NURIN sudah bersekolah

alhamdulillah, nurin sudah pun berumur 5 tahun..dan tahun ni dia sudah pun bersekolah..last year, pernah hantar dia sekolah tp dapat bertahan sehari je..masa ni daftar taska aulad dekat dengan rumah opah dia..alasan yg dia bg mmg xboleh blah (lawak siot)...

nurin  :  kawan2 kakak sume ibu mereka datang ambil, tp ibu kakak xdatang..
ibu      : kan teacher hantar kakak ke rumah opah (ambil sekali transport)
nurin  :  kakak nk ibu ambl kakak kat sekolah, kakak xnak naik dengan teacher

ni gambar 1st day sekolah last year..sehari je tahan

masa ni, ambl masa 2 hari juga untuk pujuk dia ke sekolah tp xjalan..mujur boleh refund duit yuran sume..mahal juga kot yuran sume

so, this year xde kompromi..sekolah tetap sekolah
sebenarnya, agak mencabar juga untuk dia membiasakan diri di sekolah..almaklumlah anak dara ni xpernah duduk berasingan dengan orang yang tidak dikenali...selalu opah dia yg jaga

untuk hari pertama alhamdulillah ok..tp semasa dalam class menangis sikit sebab teringat dekat ibu...ada staff dekat c2 update gambar dlm whats apps group...haishh~~~

yg kat belakang tu paling sibuk sekali..sampai sekolah kakak, dia terus buka kasut masuk class..adik lg excited dari kakak 




hari kedua dh mula berdrama...muka sedih xnk pergi sekolah..sekejap2 air mata meleleh kat tepi..sampai sekolah, tengok kawan2 nangis, dia pun tumpang sekaki sama..adoi la anak..
masuk class pun menangis nak ibu..masa ambl dekat school, teacher bgtau tido dalam class..teacher kata ok je klu dbudak2 tido

hari ketiga lagi berdrama anak dara ni...last teacher minta ibu tunggu dekat dalam..mata dia keja2 tengok ibu takut hilang..sambil2 tu meleleh air mata..hampir sejam ibu curi2 keluar...ok, selamat..nangis jap..msg teacher, dia ngangis kejap je pastu ok

hari ke-4 lagi berdrama....ibu masuk dalam teman lg..kali ni mmg ibu xleh curi2 kluar sbb mata dia mmg tengok ibu je...air mata masih meleleh w/pun ibu ada dekat c2...hati ni usah dikata la.geram dengan akal dia...disebabkan kekangan kerja, ibu kluar juga...berlari nurin kejar ibu..teacher tangkap dia, ibu xpandang belakang, terus pergi keje...msg staff dekat c2, nurin ok..dlm class pun ok, xnangis dh

masa ni, nurin tido umah opah..dialog nurin dengan opah

nurin: opah, tengok ni, kakak dah pandai tulis nombor 7..opah ajar pun kakak dh pandai..kakak xpayah pergi sekolah pun xpe mcm ni..pergi sekolah sekejap pun dh pandai

opah gelak sakan bila nurin cakap macam ni.

sepanjang minggu lepas, muka anak dara ni masam je, xceria mcm biasa..kalau tanya pasal sekolah ada je alasan lari topik..kalau sesiapa tanya pasal sekolah, mmg dia xlayan.. tido pun sampai mengigau xnk pergi sekolah..kesian juga klu tengok dia. Tp nk buat mcm mana, nak xnk nurin kene sekolah juga, ini semua untuk masa depan kamu sayang..adakalanya, tiba2 xde angin xde ribut, menangis xnk g sekolah..opah pujuk pun xjalan

so, untuk hari isnin kelmarin ibu decide minta ayah dia yg hantar..alhamdulillah, kejap je..semalam dengan hari ni pergi ke sekolah dengan hati gumbira, xmenangis dah..lega hati ibu..cuma liat sikit nk bangun pagi..apa2 pun ibu harap nurin bergembira di sekolah..

Nota kaki: tengok anak orang lain pergi sekolah senang je..xde drama pun..anak dara ni je melebih

Hello 2017!!!

Assalamualaikum...
agak lama menyepi dari dunia blog
tahun ini insya allah umur meningkat ke 33 tahun
doakan aku terus istiqomah dengan apa yg aku lakukan sekarang ini