Wednesday, February 9, 2011

coret-coret perjalanan~~part 1

cuti kali ini saya telah bercuti ke kelantan sempena majlis perkahwinan sahabat saya yg juga housemate semasa zaman belajar dulu. Wah! sangat excited sampai terlupa utk membawa kad dan pelan perjalanan ke penginapan. Kan dh kene bebel ngan en.tunang, padan muka.. Nasib baikla telinga ni dh kebal..hikhikhik.. Maaf ye ciklai ngan bed, terpaksa menyaksikan situasi yang kurang menyenangkan ini..hehehehe.....alhamdulillah, perjalanan kami semua dilindungi Allah dan tiada sebarang kecelakaan sepanjang pergi ke sana.

percutian 3 hari 2 malam ini amat bermakna bagi saya..selain teruja melihat sahabat saya ini berkahwin, saya jg dapat bercuti dengan exhousemate, laila dan zahidah (kami sewa bersama di ipoh)...ini kali kedua kami bertiga bercuti bersama selepas perkahwinan rose di kuantan...untuk percutian kali ini, en.tunang telah ikut sekali...

ila, salah seorang coursemate yg merangkap housemate sy slama 2 tahun..byk cerita suka duka yg kami kogsi bersama sepanjang berada disana..walaupun, berbeza negeri, berbeza budaya tapi kami etap serasi...,walaupun masing2 telah membawa haluan sendiri, namun hubungan kami tetap seperti dulu, masih berkongsi suka dan duka..utk ila, saya doakan semoga kalian berdua selamat mengharungi alam rumahtangga yg mencabar ini..sayang kamu.. ♥♥♥♥

p/s:-nanti time sy kawen, jangan lupa datang tau..

No comments:

Post a Comment