Tuesday, May 31, 2011

D.I.Y: Bunga telur VS Bunga Pahar

Bismillahirrahmanirrahim....

buat masa ni, saya sedang sibok menD.I.Y bunga telur dan bunga pahar...hehehe..tersangatla rajin diriku ini... sumber inspirasi saya ambl dari gmbr2 dibawah....^_^






buat masa ini saya telah membuat 3 design utk 3 pihak yg berlainan..hasil yg saya buat akan diupload kemudian...doakan saya ye...:))

Friday, May 27, 2011

saya rindu kamu juga

membaca post sahabat saya di fb
saya juga sangat rindu sama kamu WAN SUHAILA
bila mau ketemu ni...

Thursday, May 26, 2011

tolong saya...

ade sape2 tahu kenapa saya tidak boleh sign out dr blog...nk reply comment pun xboleh...huhuhuhu..tolong la saya...

----------- tiada tajuk ------------

siapa kata kawen ni senang
senang kot bg org yg punya duit beribu riban
petik jari je, sume boleh dapat
tp bg saya, sume kene usaha sendiri
dari perkara besar hingga la yg kecil-kecilan
mungkin klu ade arwah, bebanan mungkin berkurangan
org luar mungkin nmpk saya senang ati utk majlis perkahwinan ini
tp dalamannya hanya saya je yg merasai
betapa susahnya saya mengumpul duit utk majlis ini
tanpa bantuan ahli keluarga sendiri mahupun sesiapa
semua org punya kepentingan diri
macam2 dugaan yg terpaksa saya lalui
dari segi wang ringgit, keluarga, kerjaya mahupun tekanan dr sekeliling

kadang2 saya letih dgn semua ini
ada masanya saya terasa give up
ada kalanya saya menangis sendirian
ada sesiapa yg tau?
tiada
hanya saya yg menanggung semuanya

tetapi
saya tdk boleh mengalah
tidak boleh tunduk pd kekurangan ini
saya perlu bangkit
bangkit utk meneruskan perjalanan yg terhenti ini

Ya Allah, ko permudahkan lah segala urusanku ini
sesungguhNya hanya Engkau yg memahami ape yg terbaik buatku

Wednesday, May 25, 2011

sensitip bebenor...

kebelakangan ini, hati saya sangat sensitif..

seperti hari ini

saya jeles ngan kawan2 yg keluar lunch ngan pasangan masing2

tp saya tidak

diulangi: saya jeles ok..

saya selalu makan sorang2..

:((

Saturday, May 21, 2011

Jalan-jalan Cari Makan...

sempena hari wesak, kami berdua telah meluangkan masa utk makan t/hari together-gether..hehehe...lokasi di Matang Gelugor





Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru



nk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada sume cikgu2 yg kat luar sana tu


especially cikgu2 yg pernah mengajar saya dari sekolah tadika smp la ke universiti


Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat


luv u so much..<3 <3 <3

Sunday, May 15, 2011

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU ^_^

Sempena sambutan Hari Ibu ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu utk mak saya, Kamariah Binti Hashim yg telah bersusah payah melahirkan, menjaga dan mendidik saya hingga kini. Tanpamu, siapalah kami semua...SAYANG kamu sangat2..



Kat bawah ni, saya sertakan satu video klip buat mak dan kite semua..sangat terkesan dihati saya..Bagi saya, sehebat mana pun kita di mata dunia, tp dipandang hina jika tidak menjalankan tanggungjawab seorang anak..Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki IBU....Sama-samalah kite renungkan






Seorang lelaki datang dengan Rasulullah s.a.w dan bertanya: Siapakah manusia yg paling berhak utk aku layan dengan sebaik-baiknya: Baginda menjawab: "Ibu Kamu" dia bertanya lagi: "Kemudia Siapa?" Baginda menjawab: "Ibu Kamu" dia bertanya lagi: "Kemudian Siapa?" Baginda menjawab: "Ibu Kamu" dan dia bertanya lagi: " Kemudian Siapa?"Baginda menjawab: "Ayah Kamu"




mulakan hari anda dengan SENYUMAN~~~~

Friday, May 6, 2011

boss VS pekerja

saya terpanggil utk berkongsi isu hubungan boss dgn pekerja apabila berlaku satu insiden di pejabat kebelakangan ini. Insiden tersebut menyebabkan hubungan kami dengan bos menjadi renggang sedikit. Tidak lagi seperti dulu. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma apa yg berlaku, mengajar saya ttg kehidupan..ramai diantara kita menganggap hubungan bos nan pekerja isu yg remeh. Bagi saya, hubungan bos dan pekerja adalah isu yg sangat penting. Sbb ape? Sbb ianya mempengaruhi persekitaran kita bekerja. Bayangkan klu boss masuk ofis dgn muka yg masam, kite sbg pekerja menjadi takut utk bertegur dgn bos. Ini akan menjadikan komunikasi antara 2 belah pihak akan menjadi tegang.

jom kite tengok ciri-ciri bos yg baik..

hormatilah bekerja bawahan anda tak kira lah dia hanya berkelulusan rendah sebab kalau nak org menghormati anda mulakanlah dengan menghormati org lain. Jangan dengan pegawai2x atasan je baru nak `berbaik-baik'.. pekerja bawahan yg menjadi tulang belakang, korang taknak pandang pula dia.

Memahami tugasan para pekerja. Janganlah sebagai ketua tu tau nak mengarah je, cubalah memahami tugas-tugasan para pekerja korang tu baru senang dan yakin semasa nak beri arahan. Karang pekerja korang tu buat kerja lambat mcm siput sedut korang gak yang mengamuk.

tunjukkanlah kredibiliti anda sebagai ketua. Bukannya bermaksud menjadi tegas atau terlalu garang ke, terlalu lembut ke.. agak2xlah. Cuma buktikan jg kerja anda sebagus, sebaik dan sehebat para pekerja anda. Takkan lah nama je ketua tp kerja hempeh~ kan??






dekati pekerja anda. (bukan suruh tackle ye) Sebaik-baiknya anda mengenali latar belakang staf anda sebab bimbang tersentuh isu2x yg sensitif para pekerjanya tu.


DAN

anda sebagai PEKERJA yg baik plak (macam saya ok!)

hormatilah ketua anda. Walau macamana pun, dia tu ketua korang. xkisah la die tua ke muda ke@ kawan ke lawan ke @ atau sewaktu dengannya..Ingat! dia tu bos, jadi semasa kerja tu ingatlah, dia tu ketua anda. Kalau dak kat luar pejabat tu, lain la cerita..hehe ;)

Bekerja la dengan bersungguh-sungguh. Ada proses mendapatkan pekerjaan ni memerlukan proses temu duga kan? Jadi kalau dan dpt pekerjaan yg dikehendaki tu, buktikan la anda layak mendapat dan memegang jawatan tu.

Memahami ketua anda. Mesti faham apa kemahuan ketua tu, @ emosi dia masa tu ka @ apa tugasan ketua anda.

SELAIN ITU!!!

majikan dan pekerja mesti pandai mengambil hati. Bukannya nak membodek pun. Ape salahnya kalau ketua tu puji2x sikit hasil kerja staf dia, xluak pun. Mungkin dgn cara itu, mesti dia lebih bersemangat nak hasilkan kerja yg lebih baik masa akn datang. Kalau staf bawahan tu pula, bukannya memuji untuk `merasuah' tp anda menghargai @ mangkagumi sifatnya sebagai seorang ketua. At least, dia tau gak yg para pekerja menyenangi cara dia bekerja.

ada interaksi antara ketua dan staf bawahan. Ni penting bagi memudahkan pengurusan kerja tu berjalan lebih lancar, membuatkan wujud keselesaan bekerja bersama (taklah kekok kan??) selain tu, teguran tu hendaklah dilakukan dengan cara yg betul, janganlah pula sampai menjatuhkan air muka.



bagi saya hubungan kedua-dua belah pihak amatlah penting dalam mencapai matlamat bersama. Namun, bagaimana utk merealisasikan, ianya bergantung kepada kita semua..Fikirkanla....^_^

Duitku Melayang...$$$$


Sudah lumrah memakai kereta
skali rosak, ratusan juga yg keluar
AGL ku sayang
kite kan dh tukar bearing smalam
jangan buat perangai lg ye
kesianla kat tuanmu ini
bulan depan nk renew insurans ngan roadtax lg
sabar ye sayang