Friday, March 26, 2010

BILA AKU MEMINTA

Bila aku meminta KEKUATAN,
Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.

Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.

Bila aku meminta KEKAYAAN,
Allah memberi aku AKAL agar aku bekerja.

Bila aku meminta KEBERANIAN,
Allah memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.

Bila aku meminta CINTA,
Allah memberi aku KESEDIHAN dan KELUKAAN yang mendalam.

Bila aku meminta KURNIA,
Allah memberi aku KESEMPATAN.


Dalam semua hal itu...
aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,
Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN.
Ternyata doaku telah dikabulkan-NYA.

.......

akhirnya...
satu keputusan telah dibuat...
tidak sesekali ku pandang blakang lg..
T.I.T.I.K.

Thursday, March 25, 2010

appreciate thing before we lost


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... Baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... Apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
.
.
p/s: kadang-kadang kite sebagai manusia seringkali terlepas pandang apa yg berada dihadapannya..kite selalu mencari sesuatu yg sempurna sedangkan kite sendiri juga tidak pernah sempurna..semoga aku tidak tergolong dikalangan itu..aku bersyukur kerna masih ada insan yg menerimaku dan menyayangiku seadanya..

Tuesday, March 23, 2010

::putus di tengah jalan::

mendengar keluhan dari seorang sahabat
kekasih hati berlaku curang...
walaupun diberi peluang kedua...
namun masih tdk menghargainya...

buat sahabatku yg tersayang,

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia..susahkan nk lupakan org yg pernah kite sayang… Jadi di sini ada sedikit tips utkmu yang pernah kucuba utk melupakan si Dia.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. aku slalu buat mcm tu....huhuhu

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Cari yang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain atau cari yg lain sebagai pengganti… sekurang-kurangnya, anda akan melupakan si Dia buat seketika...

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan penawar bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi. Allah tidak akan berikan ujian yang xmampu ditanggung oleh umatnya...


p/s: doaku buat sahabatku ini, semoga die bertemu jalan penyelesaian yg terbaik buat dirinya dan si Dia...kalaula sahabatku ini dekat dgn ku pasti aku akan memelukmu seerat-eratnya...sabar ye sayang...aku ni pandai menasihatkan org, tp bila terkene batang hidung sendiri, tertonggeng rasanye....huhuhu

Friday, March 19, 2010

T_T

aku nk menangis sekarang...aku perlukan bahu untuk bersandar, perlukan telinga utk mendengar, perlukan mata utk berbicara dan perlukan hati utk memahami.......tp di mana semua orggg?

::RINDU DATANG LAGI::

hari 18 march 2010
hari ini juga jatuhnya hari lahir arwah abah

rindu ini datang lagi...
rindu pada wajahnya...
rindu pada senyumannya...
rindu pada tawanya...
rindu pada belaiannya...

selamat hari lahir abah...
ketahuilah bahawa anakmu ini sentiasa ingat
rindu
dan
sayang selalu padamu

jangan risau abah
amanah abah tetap akan ku tunaikan
walaupun pelbagai dugaan yg dtg
semoga abah di tempatkan dikalangan orang yg beriman

**rasa sebak didada**

Thursday, March 18, 2010

♥♥♥ Aku Rindu Sayang Kamu ♥♥♥


Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

Ulang Chorus 3x

Wednesday, March 17, 2010

T_T

xtau kenapa...
mood xbaik sangat...
marah sket...

baru tadi...
xpasal2 mak ngan adik jd mangsa...
maaf ye, xde niat nk buat muka mcm tu...
apatah lagi bersikap kasar...

mungkin hormon xstabil...
salahkan hormon dalam badan?

mungkin salah diri sendiri...
biarkan diri dikuasai perasaan marah...

ya ALLAH, ampun la dosa hambamu ini...
xde niat dihatiku utk menyakiti hati mereka...
apatah lagi insan2 yg aku sayang...

Friday, March 12, 2010

aku kene STUDY balik...

untuk menduduki ujian kpli yang bakal menjelma sabtu ni...
aku kena study!
study!
dah lama gila gila gila xpegang buku!lama ke?
lama la jugakk
buku novel slalu la aku pegang....ngeeee
last pegang buku ilmiah 2 tahun lepas aku rasa...hehe
itu un sbb kpli jugakk

aku try tengok contoh2 soklan dlm web tu...
susahnya...
patutla ramai yg fail...

camne neh???aku nye matematik dah lemah gila...
dah lama xmengira...tambah2 klu tanpa mesin kira *mesin kira?hehe*
waaaaaa.....camne neh?????

try wat soklan pmr ngan spm...
adei...lemah bangat...
blum bab isu semasa...
bab sejarah...lagi la...

berjayakah aku nnt?
harap2 berjaya la kali ini...


p/s: pasni exam kpli ade exam dpli plak...mati aku..huhuhu...ade sape2 nk bg tips kat aku???
ya allah, kau bantulah hamba mu ini menempuhi ujian..tabahkan hatiku ini...permudahkanlah perjalananku ini...Aminnn...


Thursday, March 11, 2010

keRacuNaN mAkaNan....

aku keracunan makanan!!! adoiii..2 hari merana..xsenang duduk dibuatnya..asyik ulang ke toilet je...akhirnya aku mc smalam..ngeeee

Tuesday, March 9, 2010

.......

Aku bukan manusia pendendam.Tak bermakna aku semulia itu buat selamanya.

Aku bukan manusia yang busuk hatinya.Tak bermakna aku tak pernah rasa dengki.

Aku bukan manusia yang cepat kecil hati.Tak bermakna aku tak pernah rasa sakit hati.

Okey?

^_^

Saturday, March 6, 2010

..:: "boyz" VS "gurlz".... ::..


(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan


note :
"L" for boyz...
"P" for girlz...

Thursday, March 4, 2010

BUKAN......ITULAH CINTA


adakah tapak tanganmu berkeringat..
..hatimu berdebar kencang..
..dan..
..suaramu tersekat di dadamu?
..itu bukan CINTA..
..itu SUKA..

..adakah kamu tidak dapat..
..melepaskan pandangan mata darinya?
..itu bukan CINTA..
..itu NAFSU..

..adakah kamu menginginkannya..
..kerana kamu tahu dia ada di sana?
..itu bukan CINTA..
..itu KESEPIAN..

..adakah kamu mencintainya..
..kerana itulah yang diinginkan semua orang?
..itu bukan CINTA..
..itu KESETIAAN..

..adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya..
..kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
..itu bukan CINTA..
..itu BELAS KASIHAN..

..adakah kamu menjadi miliknya..
..kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
..itu BUKAN CINTA..
..itu TERGILA-GILA..

..adakah kamu memaafkan kesalahannya..
..kerana kamu mengambil berat tentangnya?
..itu BUKAN CINTA..
..itu PERSAHABATAN..

..adakah kamu mengatakan padanya..
..bahawa setiap hari..
..hanya dia yang kamu fikirkan?
..itu BUKAN CINTA..
..itu DUSTA..

..adakah kamu rela..
..memberikan semua perkara..
..yang kamu senangi..
..untuk kepentingan dirinya?
..itu BUKAN CINTA..
..itu KEMURAHAN HATI..

..Tetapi..

..adakah kamu tetap bertahan..
..kerana campuran..
..antara kesakitan dan kegembiraan..
..yang membutakan dan tak terfahami..
..menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
..ITULAH CINTA..

..Apakah kamu menerima kesalahannya..
..kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
..jika demikian..
..ITULAH CINTA..

..adakah kamu tertarik dengan orang lain..
..tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
..jika demikian..
..ITULAH CINTA..

..adakah kamu menangis..
..kerana kesakitannya..
..walaupun saat itu dia kuat?
..ITULAH CINTA..

..adakah hatimu sakit dan hancur..
..ketika dia bersedih?
..ITULAH CINTA..

..adakah hatimu gembira..
..ketika dia berbahagia?
..ITULAH CINTA..

..adakah matanya melihat hatimu..
..dan menyentuh jiwamu..
..begitu mendalam..
..sehingga menusuk?
..yang demikian..
..ITULAH namanya CINTA..

kisah seorang teman...


lewat petang semalam, aku berkesempatan minum ptg dgn seorang teman..agak lama tidak bertemu dengannya..banyak perkara dibicarakan bersama, dari soal kerjaya hinggalah peribadi...wajahnya kulihat tidak seperti selalu, ada sedikit kedukaan terpancar diwajahnya...teman ini yg luarannya nampak kuat rupanya rapuh dibahagian dalamnya..
.
aku mengerti akan masalah yg dihadapinya...salah diakah? atau salah wanita itu? bagi aku, kedua-duanya tidak bersalah...cuma keadaan yg menyebabkan ianya berlaku..bukan niatnya utk memainkan perasaan wanita..cuma teman ini mudah mesra orangnya..caring dan adakalanya perlakuannya membuat kite rasa senang berada disampingnya..aku juga pernah rasa sebegitu..tp sayangnya, di sebalik perlakuannya itu membuat orang-orang yg dikelilingnya sering disalah ertikan..begitu juga wanita ini..

aku akui wanita ini mmg baik dan comel orangnya..kata temanku ini, dia memang sayang akan wanita ini tp sayangnya hanya seperti seorang abang kepada seorang adik..mungkin kerana jarak usia yg agak jauh, 9 tahun ...tp bg wanita ini, keakraban yg ditunjukkan telah melahirkan benih-benih cinta dihatinya...aduh, cinta sukar dimengertikan..bagiku wanita ini masih muda lagi, br 20 tahun...masih jauh perjalanan dik....ketepikan soal cinta itu, dan capailah impianmu dulu..

pesanku pada teman ini, banyak bersabar dan berdoa..ini hanya satu ujian kecil dariNYA..cuma ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan kita sebagai umatNYA...jangan dirunsingkan hati itu dengan perkara ini..dahulukan kerjayamu iti dahulu, kerana ianya memerlukan pengorbanan yg agak besar..insyaALLAH, wanita itu akan mengerti suatu hari nnt..

kepada wanita itu, sedarlah dik...bangunlah menghadapi kenyataan hidup! jngan kerana cinta kamu kecundang, seolah2 hidup kamu telah berakhir..kekadang2 kite sebagai wanita mudah kecundang dan tertipu dngan perasaan sendiri...persahabatan yg diberikan, kite mengharapkan balasan...bangkitlah! perjalanan kamu masih jauh lagi...kejarlah impianmu dahulu...bahgiakan kedua ibu bapamu terlebih dahulu...kerana cinta itu akan hadir dengan sendiri...


p/s: aku sendiri pernah alami situasi tersebut dan alhamdulillah aku mampu menghadapinya..terima kasih pada teman2ku yg banyak memberi sokongan ketika aku jatuh dulu

Wednesday, March 3, 2010

AKU......KEHIDUPAN

..hari demi hari..
..yang ku lalui..
..membawa aku..
..ke satu arah tuju..
..yang aku sendiri..
.tidak ketahui..

Tuesday, March 2, 2010

soklan trivia...ngeeeee

apa perasaan kamu bila orang kata
.
"rindu la kat awak"
.
atau ini
.
"hello dear"
.
atau
.
ucapan selamat malam setiap malam
.
kenapa ye aku tanya?
.
ada masanya
hati rasa berbunga
.
ada masanya
hati rasa tak suka
.
ada masanya
hati tak rasa apa-apa
.
itu yang aku tanya kamu
kamu pernah mengalami tak situasi ini
kot-kot aku ada masalah hati

mak aku cakap......


"mungkin kita tak pernah dapat apa yang kita nak...Kalau dapat pun, mungkin tak lama. Kalaupun kerang yang tak ada kaki dapat temui pasangan, tak kan kita yang segalanya lebih tak dapat jumpa apa yang kita nak. Tapi kita ada satu penghalang...Hati...Tak kan kemana kalau hati katakan tidak. Ubatnya, iman yang telanjang, ditutup dengan taqwa yang asalnya tak dipakai..."