Tuesday, March 22, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa~~~















"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama".



i luv the phrase.....khamis lalu berkesempatan menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)...not bad la cite die..i like!!!!

HMM mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka.



nk tau cite ni mcm mane, saksi la sendiri yek! dijamin xkan menyesal, ok!

No comments:

Post a Comment