Monday, October 8, 2012

setahun sudah..alhamdulillah ^___^

 Tahun lepas, pada tarikh ini, 7 Oktober 2011 saya telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati. Dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Mohd Suhairi. Alhamdulillah.


Dan semalam, 7 Oktober 2012, genap setahun kami sebagai suami isteri. Terima kasih Ya ALLAH kerana memanjangkan jodoh kami. :)

dan selama setahun ini juga banyak perkara yg saya belajar
suka duka tawa riang semuanya menjadi rencah dlm hidup kami
jika sebelum ini kami hidup berdua
namun kini semuanya berubah

3bulan yg lalu kami berdua melangkah ke alam yg baru
dengan kehadiran puteri kami
NURIN SYAWINA
banyak benda lg yg perlu belajar
dan semuanya perlukan kekuatan fizikal dan mental




Kepada En. Suami,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama saya ucapkan. Semoga ikatan kita kekal selamanya. Tak ada hadiah yang lebih istimewa dapat saya berikan pada abg melainkan dengan kehadiran cahaya mata kita, nurin syazwina. 

Dalam usia setahun perkahwinan kita ni banyak dugaan yang kita tempuhi namun itu semua dugaan sementara dari ALLAH. Semoga segala apa yang kita usahakan dan doakan selama ini tercapai dengan izin ALLAH. InsyaALLAH.

Saya sayangkan abg sepenuh hati. Terima kasih di atas kesabaran melayan karenah isterimu ini dan  menerima diri ini seadanya dalam hidup abg.
 
 
 Ya Allah, semoga hubungan kami kekal bahagia dan mendapat berkat dan rahmat dariMu hingga ke syura..Amin


No comments:

Post a Comment