Monday, March 25, 2013

susu ibu adalah HAK anak..

salam..td jalan2 stalker bloger2 mommies, n jumpa this blog yg bincang mengenai susu ibu..alhamdulillah, baby nurin masih lg menyusu badan..mudah2 an, susu ni cukup hingga die  mencapai 2 tahun nnt, aminnnn.........

mmg  tidak boleh dinafikan susu ibu adalah hak anaknya..siapa la kita utk menafikan hak seorang anak..ini cerita benar, ibu itu sendiri mengaku depan aku, masa baby nurin dlm 2 bulan lebih..ibu itu mengaku bahawa dia makan ubat semata-mata utk mengeringkan air susunya itu..katanya, leceh bila branya selalu kene tukar sbb basah kene lelehan air susu..subhanallah, kesian anak2 nya itu..lebih sedih lg, ibu itu mendapat sokongan daripada suaminya..

belum lg aku dengar seorang ibu sanggup menafikan hak anaknya, sedangkan pada zaman sekarang ini ramai mommies2 berjuang utk bf anaknya..sanggupkah die berjawab dengan NYA nnt diakhirat kelak

Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”

(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)

No comments:

Post a Comment