Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Pada kesempatan yang ada ini, ingin saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha” kepada semua yang beragama Islam.

“Pengorbanan adalah perkara WAJIB dalam kehidupan kita, apatah lagi jika kita adalah seorang yang Muslim”.

Jika pada zahirnya, kita meraikan hari raya ini dengan mengorbankan 1 bahgian daripada 7 bahagian lembu (sebagai contoh), dengan mengeluarkan wang sendiri, jika mampu. Tambahan pula ia adalah ibadah yang sangat-sangat dituntut bagi seorang muslim.

Jika tak mampu pun, kita turut sama membantu dalam upacara majlis menyembelih lembu, dan sebagainya kerja-kerja lain yang kita boleh bantu.

Tetapi, dari segi rahsia tersembunyinya, belanja seorang Muslim untuk mengeluarkan wang bagi melakukan ibadah korban, adalah satu jenis pengorbanan yang disukai Allah. Dan wang yang dibelanjakan itu, sedikit sebanyak akan membuang rasa cinta kita pada wang dan dunia semata-mata.


Wang memang diperlukan oleh kita semua, tapi jangan sampai kita menjadi hamba kepada wang. Wang adalah alat yang kita boleh jadikan sebagai wasilah untuk mendapat pahala dan ganjaran syurga nanti. Insya Allah. Dengan wang, kita boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan wang, kita boleh menunaikan haji. Dengan wang, kita dapat membantu memajukan pembangunan ilmu seperti mendirikan sekolah-sekolah, pusat institusi, maahad tahfiz dan sebagainya.


Dan dalam kehidupan kita, pelbagai perkara memerlukan pengorbanan. Apakah pengorbanan yang terbesar yang pernah kita lakukan?


P/S : Bagaimana pula dengan pengorbanan ibu bapa kepada kita? Tentu tidak terhitung banyaknya. Bersyukurlah, kerana dengan kasih sayanag dan pengorbanan mereka, kita menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Paling tidak pun, kita hidup tanpa menyusahkan hidup orang lain.

No comments:

Post a Comment