Tuesday, March 23, 2010

::putus di tengah jalan::

mendengar keluhan dari seorang sahabat
kekasih hati berlaku curang...
walaupun diberi peluang kedua...
namun masih tdk menghargainya...

buat sahabatku yg tersayang,

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia..susahkan nk lupakan org yg pernah kite sayang… Jadi di sini ada sedikit tips utkmu yang pernah kucuba utk melupakan si Dia.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. aku slalu buat mcm tu....huhuhu

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Cari yang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain atau cari yg lain sebagai pengganti… sekurang-kurangnya, anda akan melupakan si Dia buat seketika...

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan penawar bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi. Allah tidak akan berikan ujian yang xmampu ditanggung oleh umatnya...


p/s: doaku buat sahabatku ini, semoga die bertemu jalan penyelesaian yg terbaik buat dirinya dan si Dia...kalaula sahabatku ini dekat dgn ku pasti aku akan memelukmu seerat-eratnya...sabar ye sayang...aku ni pandai menasihatkan org, tp bila terkene batang hidung sendiri, tertonggeng rasanye....huhuhu

No comments:

Post a Comment