Thursday, December 23, 2010

penyakit tiriod @ kanser tiriod??

ahad lepas aku dikejutkan bahawa aku mungkin menghadapi penyakit tiriod ataupun kanser tiriod..mcm xpercaya je...seperti biasa ahad lalu aku balik kg...dok syok sembang tiba2 maklong tegur leherku ade bonjolan kecil...maklong kata mungkin tiriod, die minta aku check dgn doktor...

dan isnin lepas, doktor mengesahkan kemungkinan aku suspek tiriod jenis Hyperthyroidism...aku perlu menunggu 3 minggu utk mengetahui ujian darah bg memastikan sama ada aku menghidapi tiriod atau tidak...ini adalah sbb2 kenapa doktor mengesyaki aku menghidapi Hyperthyroidism kerna aku mempunyai sebahagian daripada simptom ini:-
*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*tangan menggeletar
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis

dan aku berdoa segala kemungkinan yg dinyatakan oleh doktor itu hanyalah satu kesilapan...dan aku redha sekiranya aku ditakdirkan menghidapi penyakit ini...sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Dia dan aku sebagai hambanya tetap redha dengan semuanya...ape pun aku perlu tunggu 3 minggu utk mengetahui keputusan itu...

No comments:

Post a Comment