Thursday, June 21, 2012

Dh nk bersalin ke???

smalam lebih kuran pukul 4.30 ptg, tiba2 sakit bahagian blakang pinggang ke bawah...masyaAllah, sakitnye smp kluar air mata....selang 15 minit sakit balik....terus set dlm mind, dh nak bersalin ke? mmg tengah tunggu hari je ni....tangan laju je msg en.suami tanye die dh balik ke belum....en.suami xreply...klu 5.30 xok lg camne nk drive balik....cuba positifkan diri, braxton hicks je ni....dlm 5.15 jadi balik..sudah! camne nk drive balik ni...

dlm 5.20 en.suami reply msg yg die dh smp umah...cite la sume kat die...en.suami cakap xpe, die dtg ambl...ala, xkan nk suh die patah balik kot....so, ckap kat en.suami tunggu dlm 10 minit lg, klu ok xyah dtg ambl...alhamdulillah, dlm kul 5.30 tu mcm ok...so, drive balik cepat2...sebelum balik sempat la google tanda2 awal bersalin...ni yg en.google bagi:-

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

Sakit Belakang

Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.(dh rasa ptg smalam, kekerapan 3 kali je)

Pecah ketuban
Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

Lendir pekat bercampur darah
Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik :).

Serviks terbuka hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

Kerap terkentut
Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)

Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

Kerap terkencing
Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah. (sejak smalam rasanya setiap 15-20 minit pasti masuk toilet)


Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera..betul, dh check ptg smalam, rasa mcm kosong je bahagian atas...tunggu hari ke ni???
Berat badan berkurangan
Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba..nononono, berat naik lg 2kg...:)

No comments:

Post a Comment