Thursday, February 2, 2017

Percutian Singkat

Baru-baru ni sempena Tahun Baru Cina, kami sekeluarga bercuti di teluk batik bersama family mertua. Kami gerak dari taping lebih kurang jam 7.30 pagi dan terus ke teluk batik untuk berkelah katanya..haha..padahal xbawa bekal ape pun..bawa buah limau semata-mata..dasyat kan kami sekeluarga berkelah

macam biasa, ayah yg akan mandi dengan anak2..ibu tolong tengok je..ibu malas nk salin baju nanti..


dari kiri  kakak ipar, adik ipar dengan mak mertua


ibu tengok korang mandi je


muka suami berkilat baru lepas mandi, anak dara pakai short pant je


hari kedua, sebelum balik ke taiping kami singgah ke pusat konservasi dan penerangan penyu di segari, lebih kurang 20 minit dari hotel. Susah juga nak cari tempat ni, sbb xde signboard yg jelas ke sana..ktorg patah balik, tanya org niaga goreng pisang jalan nak ke sini



budak teruja, kalau boleh nak masuk duduk dalam kolam tu


anak penyu yg baru menetas rasanya, sbb saiz dia kecil je


nurin dan naim


yg ni saiz dia besar...

so far, percutian pendek ini ok je bagi aku..bawa anak2 jalan, spent time together..lagi pun family mertua memang kaki jalan pun..jadi kami tumpang sekaki

No comments:

Post a Comment