Friday, May 6, 2011

boss VS pekerja

saya terpanggil utk berkongsi isu hubungan boss dgn pekerja apabila berlaku satu insiden di pejabat kebelakangan ini. Insiden tersebut menyebabkan hubungan kami dengan bos menjadi renggang sedikit. Tidak lagi seperti dulu. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma apa yg berlaku, mengajar saya ttg kehidupan..ramai diantara kita menganggap hubungan bos nan pekerja isu yg remeh. Bagi saya, hubungan bos dan pekerja adalah isu yg sangat penting. Sbb ape? Sbb ianya mempengaruhi persekitaran kita bekerja. Bayangkan klu boss masuk ofis dgn muka yg masam, kite sbg pekerja menjadi takut utk bertegur dgn bos. Ini akan menjadikan komunikasi antara 2 belah pihak akan menjadi tegang.

jom kite tengok ciri-ciri bos yg baik..

hormatilah bekerja bawahan anda tak kira lah dia hanya berkelulusan rendah sebab kalau nak org menghormati anda mulakanlah dengan menghormati org lain. Jangan dengan pegawai2x atasan je baru nak `berbaik-baik'.. pekerja bawahan yg menjadi tulang belakang, korang taknak pandang pula dia.

Memahami tugasan para pekerja. Janganlah sebagai ketua tu tau nak mengarah je, cubalah memahami tugas-tugasan para pekerja korang tu baru senang dan yakin semasa nak beri arahan. Karang pekerja korang tu buat kerja lambat mcm siput sedut korang gak yang mengamuk.

tunjukkanlah kredibiliti anda sebagai ketua. Bukannya bermaksud menjadi tegas atau terlalu garang ke, terlalu lembut ke.. agak2xlah. Cuma buktikan jg kerja anda sebagus, sebaik dan sehebat para pekerja anda. Takkan lah nama je ketua tp kerja hempeh~ kan??






dekati pekerja anda. (bukan suruh tackle ye) Sebaik-baiknya anda mengenali latar belakang staf anda sebab bimbang tersentuh isu2x yg sensitif para pekerjanya tu.


DAN

anda sebagai PEKERJA yg baik plak (macam saya ok!)

hormatilah ketua anda. Walau macamana pun, dia tu ketua korang. xkisah la die tua ke muda ke@ kawan ke lawan ke @ atau sewaktu dengannya..Ingat! dia tu bos, jadi semasa kerja tu ingatlah, dia tu ketua anda. Kalau dak kat luar pejabat tu, lain la cerita..hehe ;)

Bekerja la dengan bersungguh-sungguh. Ada proses mendapatkan pekerjaan ni memerlukan proses temu duga kan? Jadi kalau dan dpt pekerjaan yg dikehendaki tu, buktikan la anda layak mendapat dan memegang jawatan tu.

Memahami ketua anda. Mesti faham apa kemahuan ketua tu, @ emosi dia masa tu ka @ apa tugasan ketua anda.

SELAIN ITU!!!

majikan dan pekerja mesti pandai mengambil hati. Bukannya nak membodek pun. Ape salahnya kalau ketua tu puji2x sikit hasil kerja staf dia, xluak pun. Mungkin dgn cara itu, mesti dia lebih bersemangat nak hasilkan kerja yg lebih baik masa akn datang. Kalau staf bawahan tu pula, bukannya memuji untuk `merasuah' tp anda menghargai @ mangkagumi sifatnya sebagai seorang ketua. At least, dia tau gak yg para pekerja menyenangi cara dia bekerja.

ada interaksi antara ketua dan staf bawahan. Ni penting bagi memudahkan pengurusan kerja tu berjalan lebih lancar, membuatkan wujud keselesaan bekerja bersama (taklah kekok kan??) selain tu, teguran tu hendaklah dilakukan dengan cara yg betul, janganlah pula sampai menjatuhkan air muka.



bagi saya hubungan kedua-dua belah pihak amatlah penting dalam mencapai matlamat bersama. Namun, bagaimana utk merealisasikan, ianya bergantung kepada kita semua..Fikirkanla....^_^

No comments:

Post a Comment